Elly Arifin sertai Suria FM, lengkapkan trio Morning Morning Suria bersama Ajak & Fad

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

STESEN radio Suria FM terus memperkukuh barisan penyampainya apabila mengumumkan kemasukan Elly Arifin sebagai penyampai baharu bagi segmen pagi terkenal, Morning Morning Suria, bermula hari ini.

Elly akan bergandingan dengan dua penyampai kegemaran ramai, Ajak dan Fad dalam slot yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Dikenali sebagai personaliti yang ceria, berkarisma dan petah berbicara, Elly dijangka membawa nafas baharu serta sudut pandang (POV) segar dalam menghidupkan suasana pagi pendengar Suria FM.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, kehadiran Elly diyakini mampu menambah daya tarikan segmen tersebut.

“Kami sangat teruja menyambut kehadiran Elly ke Suria FM. 

“Personalitinya yang mesra dan versatil akan menambah dinamik unik dalam segmen Morning Morning Suria.

“Kami percaya kombinasi Ajak, Fad dan Elly akan menjadi tarikan utama untuk pendengar memulakan pagi dengan lebih ceria. 

“Suria FM akan terus komited memberikan hiburan berkualiti tinggi serta berinformatif yang dekat di hati rakyat Malaysia,” katanya.

Suria FM sebelum ini dikenali dengan gandingan penyampai yang energetik dan menghiburkan, menjadikan segmen pagi antara yang paling mendapat sambutan tinggi daripada pendengar di seluruh negara.

Dengan kehadiran Elly, Suria FM optimis dapat terus memperkukuh kedudukan sebagai stesen radio pilihan utama rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan kandungan terkini, pendengar boleh melayari laman web rasmi Suria FM di suria.my atau mengikuti media sosial Suria Malaysia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This