‘Kita tak berjaya break the siege tapi kita berjaya break the silence’

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

WALAUPUN misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) tidak berjaya menembusi sekatan Israel ke Gaza, namun ia tetap disifatkan sebagai kejayaan besar dengan menggegarkan semula dunia untuk menyatakan solidariti kepada Palestin.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman turut menyifatkan kehadiran ribuan orang ramai untuk menyambut wira dan wirawati GSF Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA 1), malam tadi menjadi bukti bahawa ‘kebisuan’ terhadap Gaza itu telah pun dipecahkan.

“Alhamdulillah, setelah kita berhempas pulas hampir dua bulan, hari ini natijahnya berada di hadapan mata kita.

“Walaupun kita tidak berjaya break the siege tetapi kita berjaya untuk break the silence.

“Buktinya adalah kehadiran kalian semua yang berada bersama-sama menyambut ketibaan di sini,” katanya dalam sidang media selepas ketibaan 23 aktivis Malaysia di KLIA 1, malam tadi.

Mengulas lanjut, Muhammad Nadir turut menyifatkan setiap individu yang hadir itu telah memberikan semangat kepada semua aktivis Malaysia walaupun mengharungi pelbagai cabaran.

“Setiap satu daripada kalian adalah denyut nadi untuk Palestin.

“Setiap orang yang berada di hadapan saya pada hari ini adalah tunjang kekuatan. Dengan semangat dan solidariti kalian, kita boleh sampai ke sini pada hari ini,” katanya.

Bagaimanapun, Muhammad Nadir turut mengingatkan bahawa perjuangan bagi membebaskan Palestin masih panjang dan belum lagi berakhir.

Katanya, rakyat Gaza terus menjadi mangsa keganasan dan kekejaman rejim zionis Israel.

Baca artikel lain: Kesatuan hati rakyat faktor gelombang GSF Malaysia ke peringkat dunia – Sany Araby

“Perjuangan kita baru bermula, mereka yang berada di bumi Gaza pada saat ini masih lagi dibedil, masih lagi dibunuh dan masih lagi dizalimi.

“Dukacitanya, tarikh 7 Oktober menandakan dua tahun mereka berada dalam suasana genosid.

“Mereka masih lagi kelaparan, mereka masih lagi rasa kehilangan dan mereka masih memerlukan sokongan kita. Jangan biarkan perjuangan kita berakhir pada hari ini kerana perjalanan kita masih lagi panjang,” tegas beliau.

Malam tadi, lebih 2,000 orang ramai membanjiri Balai Ketibaan KLIA 1 bagi menyambut ketibaan wira dan wirawati misi kemanusiaan GSF.

Balai Ketibaan KLIA 1 itu bergema dengan laungan ‘Hidup Palestin! Hancur Israel!’ dan ‘Free Palestin’ sejak pukul 8 malam lagi.

Kesemua 23 aktivis Malaysia itu selamat tiba di KLIA 1 dengan pesawat Emirates EK342 selamat mendarat pada pukul 10.07 malam.

Mereka telah ditahan pihak berkuasa Israel, Khamis lalu sebelum dibawa ke penjara Ketziot, yang terletak di padang pasir Negev.

Mereka sebelum ini berada di Istanbul, Turkiye selepas dibebaskan oleh pihak berkuasa Israel baru-baru ini, menaiki penerbangan Turkish Airlines TK6921 dari Eilat, Israel pada 1.40 tengah hari waktu tempatan dan tiba di Istanbul, Turkiye pada 3.40 petang waktu tempatan.

Rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiruddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).

Turut ditahan Razali Awang menaiki kapal Inana; pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (kapal Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad Abdullah (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This