Peguam Uqasha Senrose tarik diri, prosiding kes cerai ditangguhkan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PROSIDING kes perceraian pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini terpaksa ditangguhkan selepas pihak aktres, tidak diwakili peguam.

Menurut peguam syarie yang mewakili Kamal, Abdul Hadi Mohammad Salleh, prosiding tersebut berlangsung sebelah pihak berikutan peguam yang sebelum ini mewakili Uqasha dilaporkan menarik diri daripada kes berkenaan.

“Hari ini kita dimaklumkan bahawa peguam yang mewakili Uqasha telah menarik diri.

“Saya menjangkakan sepatutnya ada peguam baharu hadir, namun tiada wakil yang tampil di mahkamah.

“Jadi, prosiding diteruskan sebelah pihak sahaja,” katanya kepada URTV.

Abdul Hadi menjelaskan, hakim kemudiannya memberi peluang serta amaran kepada pihak Uqasha untuk hadir bersama peguam pada prosiding akan datang bagi meneruskan perbicaraan.

“Hakim memberi ruang dan mengingatkan supaya Uqasha hadir pada tarikh seterusnya bersama peguam untuk menentukan sama ada prosiding akan diteruskan atau sebaliknya,” ujarnya.

Mahkamah menetapkan 19 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Difahamkan, kes berkenaan difailkan di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, iaitu permohonan perceraian atas alasan tiada persefahaman antara pasangan.

Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu, dengan prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober sebelum ditangguhkan ke tarikh baharu.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This