Masuk fasa penghujung, Kamal Adli akui rumah tangga hampir bernoktah

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Kamal Adli mengakui reda apabila status rumah tangga yang dibina hampir empat tahun bersama isterinya, Uqasha Senrose, kini diserahkan sepenuhnya kepada prosiding hakam keluarga yang berlangsung hari ini.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan sekitar jam 9.30 pagi dengan diiringi peguamnya, Abdul Hadi Mohamad Salleh.

Menurutnya, prosiding hakam yang berlangsung menandakan perkahwinan mereka sudah berada di peringkat paling genting dan hampir ke noktah terakhir.

“Hari ini prosiding hakam pertama. Sejujurnya saya sendiri tidak tahu apa lagi yang boleh diperkatakan.

“Saya tidak berani memberi sebarang ulasan lanjut. Apabila sudah masuk ke prosedur hakam, sebenarnya ini sudah di hujung-hujung,” katanya kepada URTV.

Kamal ditemui media ketika menghadiri prosiding hakam keluarga berkenaan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Mengulas kesediaannya menerima sebarang keputusan, pelakon filem Abang Long Fadilitu mendedahkan sudah melakukan yang terbaik demi mempertahankan rumah tangga mereka.

“Kalau tiada jodoh, Wallahualam. Kita tengok bagaimana nanti.

“Tapi dari awal lagi saya sudah cuba sehabis baik untuk mempertahankan perkahwinan ini. Sekarang saya hanya menunggu proses hakam.

“Saya pun tak tahu nak cakap apa. Kita tunggu dan tengok sajalah kejap lagi apa yang berlaku,” ujarnya.

Dalam pada itu, Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, yang hadir bersama peguamnya iaitu Muhammad Syazmee Sapian, hanya berharap segala proses yang dilalui dipermudahkan.

“Doakan yang baik-baik,” katanya ringkas.

Terdahulu, Uqasha menarik perhatian ramai apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang tempoh perkahwinan, termasuk dipukul dan dikasari ketika sedang hamil.

Bagaimanapun, Kamal menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tidak pernah melakukan perbuatan seperti yang didakwa sepanjang empat tahun mereka hidup bersama sebagai suami isteri.

Difahamkan, mahkamah sebelum ini menasihatkan Kamal agar melafazkan cerai selepas laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) mendapati wujud unsur shiqaq atau perbalahan berpanjangan antara pasangan itu.

Namun, Kamal enggan berbuat demikian atas alasan masih menyayangi anak mereka.

Terdahulu, pada Oktober 2025, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal dengan alasan tiada persefahaman serta berlakunya pergolakan rumah tangga.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Aminuddin umum DUN Negeri Sembilan bubar berkuat kuasa esok

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebentar tadi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa esok. Katanya,...

More Articles Like This