POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah mengklasifikasikan semula kematian pempengaruh dari China yang dikaitkan dengan seorang pemuzik kontroversi di sebuah hotel di Kuala Lumpur bulan lalu, sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan pengklasifikasian semula itu dalam satu kenyataan hari ini.
“Dalam laporan sebelum ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) terhadap wanita warga asing yang ditemui di Banyan Tree Hotel, pada 22 Oktober lalu.
“Kes diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut kes sedang dijalankan,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita warga China yang aktif di media sosial berusia 31 tahun ditemui mati dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, pada 22 Oktober lalu.
Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari, mangsa Hsieh Yun Hsin, wanita China yang aktif di media sosial ditemui terbaring dalam tab mandi.
Dia dilaporkan memasuki negara ini pada 20 Oktober melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Kematiannya menarik perhatian meluas selepas dikaitkan dengan projek video bersama penyanyi rap kontroversi Malaysia sebelum ditemui mati.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

