Telah datangkan kemudaratan fizikal & mental diri serta anak, Uqasha Senrose tetap mahu berpisah dengan Kamal Adli

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Uqasha Senrose tampil menjelaskan pendiriannya yang nekad untuk menuntut perceraian daripada suaminya, pelakon Kamal Adli  selepas mendakwa segala usaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka selama hampir empat tahun telah menemui jalan buntu. 

Pengakuan ini dibuat Uqasha sejurus prosiding sebutan kes permohonan cerai mereka di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur yang berlangsung hari ini.

Dalam satu sidang media ringkas di luar mahkamah, Uqasha mendedahkan sudah  cuba sedaya upaya untuk membaiki rumah tangga mereka. 

Malah, dia juga menyifatkan hari ini sebagai kali pertama dia membuka mulut untuk bercakap  secara terbuka mengenai masalah rumah tangganya, memandangkan selama ini dia hanya melalui bidang perbicaraan.

“Saya dah cuba usaha, usaha, dan usaha untuk perbaiki rumah tangga ni. Saya dah cuba sedaya upaya saya,” katanya kepada URTV.

Malah, dia juga  mendedahkan telah pergi kepada keluarga Kamal untuk meminta bantuan dalam usaha mempertahankan perkahwinannya, namun usaha tersebut tidak berhasil.

Kekecewaan Uqasha memuncak apabila dia mendakwa peluang yang diberikan telah disia-siakan.

“Setelah disia-siakan, di situ saya rasa adalah terbaik untuk saya dan anak saya kerana perkahwinan ini telah mendatangkan kemudaratan fizikal dan mental diri saya dan anak saya,” katanya dengan nada sebak, sambil menegaskan bahawa untuk tetap dengan keputusan berpisah.

Ketika ditanya mengenai dakwaan Kamal Adli bahawa Uqasha tidak membenarkannya berjumpa anak, peguam Uqasha yang mewakilinya, Muhammad Syazmee Sapian tampil menafikan. 

Syazmee  berkata,  Kamal telah pun berjumpa dengan anak mereka pada 10 November lalu dalam satu pertemuan yang diatur bersama sekaligus menolak dakwaan kononnya Kamal sukar berjumpa anak.

Uqasha turut menolak dakwaan Kamal yang sebelum ini membayangkan wujudnya pihak ketiga atau “orang luar” yang menasihati Uqasha sehingga menyebabkan perpisahan. 

“Saya rasa saya selalu datang dengan keluarga. Hingga hari ini pun saya masih bersama keluarga saya dan juga anak saya. Siapa yang bersama kawan-kawan?” tegas Uqasha, secara halus menepis spekulasi tersebut.

Menurut Syazmee, langkah seterusnya adalah perbincangan di peringkat Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) sebelum tarikh prosiding mahkamah pada 18 Disember depan.

Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam, dengan alasan tiada persefahaman. Sebutannya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan berjalan pada 22 Oktober lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira, yang akan menginjak usia dua tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This