‘Ini Bukan Soal Bisnes, Ini Soal Keselamatan Bayi’ – MILK jadi pilihan selebriti, Kamarudin bawa ke peringkat global

Dari Penulis

20 tahun mencipta gelombang besar dalam dunia penerbangan Asia bersama AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun kini mengorak langkah ke bidang yang jauh berbeza namun penuh nilai kemanusiaan iaitu memastikan bayi di seluruh dunia menggunakan lampin yang lebih bersih, bebas bahan kimia dan selamat untuk kulit.

Menurut beliau, industri produk bayi khususnya lampin merupakan pasaran besar namun dibebani isu bahan kimia berlebihan dalam kebanyakan produk komersial.

“Ramai ibu bapa tidak sedar banyak lampin dipenuhi bahan kimia, terutama bagi lampin yang mempunyai corak dan warna menarik. 

“Semakin kompleks warnanya, semakin tinggi risiko bahan kimia,” katanya pada majlis pelancaran rasmi MILK™ Baby Diapers di Kuala Lumpur Golf & Country Club, baru-baru ini.

Atas kesedaran itu, MILK™ memilih rekaan minimalis, hanya putih dan biru, tanpa sebarang corak.

“Kesederhanaan ini bukan soal gaya tetapi komitmen terhadap keselamatan kulit bayi,” jelas Kamarudin.

Pelancaran tersebut turut disertai pengasas bersama Datuk Wira Shahrul Nazri Abdul Rahim, Datuk Abdul Mutalib Alias, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly, pengarah baharu Muhammad Asyraf Khalid serta CEO Mohamed Roslan Ismail.

Turut memeriahkan acara ialah selebriti terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Izara Aisyah, Diana Danielle, Nabila Razali dan Tasha Shila.

Nama MILK™ dipilih sebagai lambang ketulenan, kesihatan dan kebersihan, falsafah yang diterjemahkan terus dalam pembuatannya.

Lampin MILK™ melalui ujian terhadap 728 bahan kimia berpotensi bahaya bebas klorin dan pewangi, tidak menggunakan pewarna karsinogenik, disahkan selamat untuk kulit sensitif melalui ujian dermatologi.

Walaupun melalui proses pembangunan yang ketat, produk ini tetap ditawarkan pada harga mampu milik.

“Saya mahu semua keluarga tanpa mengira latar ekonomi mampu mendapatkan kualiti premium,” tegas Kamarudin.

Dilancarkan secara rasmi pada 18 Januari lalu, MILK™ kini berada di 10 pasaran global termasuklah Malaysia, Vietnam, Kemboja, Taiwan, Singapura, India, Maldives, Oman, Rusia dan Brunei.

Dalam masa singkat, jenama ini meraih tiga anugerah antarabangsa antaranya Baby Innovation Awards (USA),  Rash-Free Diaper Product of The Year 2025, Parenthood Parents’ Choice Awards (Malaysia) – Best Rash-Free Diaper 2025 dan Parents World Singapore – Best in Certified Clean & Safe Baby Diapers.

“Setakat ini, aduan yang kami terima hanya satu,  stok cepat habis,” selorohnya.

MILK™ kini menyasarkan jualan 10 juta unit dan bercadang berkembang ke 20 negara menjelang tahun hadapan.

Mengulas falsafah perniagaannya, Kamarudin berkata pendekatannya tidak berbeza daripada strategi membina AirAsia.

“Orang lain kejar keuntungan. Saya kejar skala. Perniagaan mesti ada ruang membesar. 

“Kami baru kurang setahun, kenapa perlu fikir untung sedangkan kami sedang bina asas?” katanya.

Beliau melihat persamaan jelas antara MILK™ dan AirAsia, kedua-duanya mahu membawa produk premium kepada masyarakat pada harga yang lebih mampu milik.

Malah, beberapa pengedar antarabangsa turut bermula sebagai pelanggan yang mencuba lampin MILK™ kepada anak mereka sebelum membuat keputusan menjadi sebahagian daripada rangkaian pengedaran.

Kamarudin turut berkongsi kebimbangan terhadap peningkatan masalah kesihatan kanak-kanak, termasuk kes kanser pada usia muda.

Beliau percaya pendedahan jangka panjang terhadap bahan kimia dalam produk harian mungkin menjadi faktor dan melihat MILK™ sebagai platform mendidik ibu bapa tentang risiko ini.

“Ini bukan sekadar soal lampin. Ini soal pendedahan jangka panjang. 

“Dunia semakin sedar tentang pentingnya keselamatan dan kami mahu menjadi sebahagian daripada perubahan itu,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Robo.ai lancar platform NeuroStream™: Jawapan kepada kenaikan mendadak kos data visual global

Robo.ai Inc. (Nasdaq: AIIO), menerusi subsidiarinya Neurovia AI, secara rasmi melancarkan NeuroStream™, sebuah platform teknologi teras yang direka khusus...

More Articles Like This