JAWATAN Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mestilah disandang oleh mana-mana presiden parti gabungan yang mempunyai kuasa dan autoriti mewakili parti masing-masing.
Itu pendirian Biro Politik Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah bersidang, malam tadi.
Penolong Setiausaha ARMADA, Mohd Fahim Mohd Farid berkata, perihal itu penting bagi memastikan keabsahan dan kelancaran pentadbiran PN.
“Biro Politik ARMADA mengambil ketetapan bahawa isu kepengerusian PN sebagai sebuah gabungan politik mestilah diselesaikan dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan secara kolektif oleh kepimpinan parti,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, Pas menggesa supaya PN segera mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) bagi memenuhi keperluan Fasal 8.3(1)(b) Perlembagaan gabungan itu.
Baca artikel lain: Pas gesa PN adakan mesyuarat tergempar MT, lantik Pengerusi baharu
Gesaan itu dinyatakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam sepucuk surat bertarikh 10 Januari 2026.
Menurut Abdul Hadi, mesyuarat tergempar itu perlu segera diadakan bagi menerima dan mengesahkan peletakan jawatan Pengerusi PN.
Selain itu, beliau berkata, mesyuarat berkenaan juga bagi melantik Pengerusi PN yang baharu.
Sebelum ini, Abdul Hadi mengesahkan parti itu akan menerajui PN, namun memberi bayangan beliau tidak akan memegang jawatan Pengerusi.
PN ketika ini mempunyai empat parti komponen iaitu Pas, Bersatu, Parti Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).
Sementara itu, Mohd Fahim berkata, ARMADA Bersatu turut menjunjung titah pedoman Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail untuk PN meneruskan kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri itu yang mengutamakan kepentingan rakyat, pembangunan dan kesejahteraan negeri.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

