SEORANG pemandu kereta jenis Ferrari yang tular berkelakuan ‘gangster’ dengan memandu secara gopoh dan menghalang laluan telah hadir menyerah diri untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu kelmarin.
Menurut Wan Azlan, kejadian yang berlaku pada 27 Disember dan dirakam melalui video papan pemuka dipercayai akibat perselisihan faham.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati seorang lelaki telah memandu secara gopoh dengan mengekori pengadu sebelum memberhentikan kenderaan secara mengejut dan menghalang laluan.
“Tindakan itu berpotensi membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.
“Kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham semasa memandu. Suspek berusia 33 tahun itu turut membuat permohonan maaf melalui media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Azlan memberitahu, suspek warga tempatan itu telah hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.
Baca artikel lain: Jijik! Buruh ditahan rakam video anak tiri dalam bilik air
Katanya, rakaman percakapan suspek telah diambil bagi membantu siasatan dan suspek telah diberi jaminan polis sementara siasatan diteruskan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara gopoh dan Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana halangan salah.
“Bahagian Siasatan dan Pengangkutan Trafik IPD Subang Jaya turut membuka kertas siasatan di bawah Peraturan 16 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 16 LN 166/59) berkaitan kesalahan halangan lalu lintas,” katanya.
Sebelum ini, tular video berdurasi 1 minit 40 saat memaparkan seorang lelaki membunyikan hon terhadap individu yang berada di tengah jalan.
Berang kerana dibunyikan hon, individu itu kemudiannya ‘mengejar’ lelaki tersebut menggunakan kereta Ferrari dengan mengekorinya secara gopoh sebelum memberhentikan kenderaan secara mengejut dan menghalang laluan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

