Polis cari lelaki tular rakam bawah skirt wanita di premis beli-belah

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

PIHAK polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki merakam atau mengambil gambar bawah skirt beberapa pelanggan wanita di sebuah premis membeli-belah di Subang Jaya. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya telah menerima satu laporan berkait kejadian itu pada pukul 1.16 petang, Ahad lepas. 

Katanya, siasatan awal mendapati video yang memaparkan kelakuan suspek terbabit memegang sebuah telefon bimbit disyaki sedang merakam atau mengambil gambar di bawah skirt mangsa-mangsa itu, telah ditularkan di media sosial milik seorang individu. 

“Pihak polis telah menerima laporan berkaitan dan siasatan sedang giat dijalankan bagi mengesan dan mengenal pasti mangsa dan suspek yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca: Honda Civic langgar 5 kereta di KLIA, pemandu ada 31 rekod jenayah ditahan

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988. 

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang

video atau rakaman yang boleh menjejaskan maruah mangsa serta mengganggu siasatan pihak polis.

“Sebaliknya, sebarang maklumat berkaitan

kejadian ini hendaklah disalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan,” tambahnya. 

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan suspek dan mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Asisten Superintendan Siti Sarah Johari di talian 013-209 7958 atau 03-78627222.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Agong zahir nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Seri...

More Articles Like This