Legoland Malaysia Resort rai Tahun Kuda dengan Garden of Prosperity, bina Lego Horse setinggi 2.4 meter

Dari Penulis

Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 di Legoland Malaysia Resort tampil berbeza apabila taman tema keluarga popular itu menghidupkan tradisi perayaan dalam bentuk kreativiti LEGO, menerusi sambutan bertemakan Garden of Prosperity sempena Tahun Kuda.

Bermula 22 Januari hingga 22 Februari 2026, resort berkenaan berubah menjadi taman perayaan yang meriah dengan hiasan tanglung merah menyala, bunga sakura mekar serta binaan LEGO berskala besar yang menggabungkan elemen budaya dan imaginasi moden.

Menjadi tumpuan utama ialah binaan LEGO Horse setinggi 2.4 meter yang gagah berdiri di tengah-tengah taman, melambangkan kekuatan, pembaharuan dan tuah yang baik. Inspirasi daripada set edisi terhad LEGO 40779 Year of the Horse Chinese Zodiac, arca tersebut turut membawa gulungan skrol berunsur simbolik, menjadikannya lokasi bergambar wajib buat pengunjung.

Mengangkat konsep interaktif, Legoland Malaysia Resort mengajak keluarga dan kanak-kanak menyertai pengembaraan kreatif dengan menyempurnakan aktiviti bertema bagi ‘membina’ kemakmuran bersama.

Antara aktiviti yang disediakan termasuk Build-A-Horse untuk membina simbol tenaga dan keberanian, LEGO Orange Tree Making yang melambangkan kemakmuran serta kebahagiaan, selain mural kaligrafi Cina berasaskan LEGO yang menyatukan seni budaya dan kreativiti moden.

Pengunjung juga boleh menyertai Minifigure Trading, aktiviti kegemaran peminat LEGO, serta LEGO Horse Post & Win, di mana foto bersama arca utama berpeluang membawa pulang hadiah mingguan.

Festival Musim Bunga penuh warna dan tradisi

Kemuncak sambutan berlangsung dari 17 hingga 22 Februari 2026 menerusi Spring Festival Spectacular, menampilkan persembahan kebudayaan yang menghidupkan semangat Tahun Baharu Cina.

Antara tarikan utama termasuk tarian singa, tarian naga, persembahan akrobatik, muzik oriental secara langsung, seni menukar wajah, serta paluan gendang tradisional yang memukau.

Tidak ketinggalan, persembahan harian seperti Brick of Prosperity, Lunar Beats Spectacular dan Finale of Fortune memeriahkan suasana dengan elemen muzik, warna-warni dan interaksi bersama penonton.

Rezeki berganda dengan Fortune Fest

Bagi menambah kemeriahan, Fortune Fest menawarkan peluang memenangi set LEGO bernilai sehingga RM800 kepada pengunjung yang berbelanja RM188 dan ke atas dalam satu resit di kedai runcit atau outlet makanan terpilih. Secara keseluruhan, hadiah bernilai RM10,000 menanti pengunjung bertuah.

LEGOLAND Malaysia Resort turut memperkenalkan tawaran istimewa tiket harian dan Pas Tahunan sempena musim perayaan ini, termasuk Family Annual Pass Bundle khas untuk pasaran Malaysia, bagi memudahkan keluarga menikmati kunjungan sepanjang tahun dengan penjimatan eksklusif.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Evotooth Platinum Sdn Bhd diiktiraf The Asia Records atas tiga inovasi kesihatan mulut pertama di dunia

The Asia Records dengan bangganya mengiktiraf Dr Martin Ong dan Evotooth Platinum Sdn Bhd atas pencapaian tiga mercu tanda...

More Articles Like This