Hilton Garden Inn Puchong tampilkan Citarasa Malaysia. Nikmati bufet Ramadan dengan harga berbaloi

Dari Penulis

Hilton Garden Inn Puchong menerusi Citarasa Malaysia mengenengahkan keunikan serta keaslian rasa warisan kulinari tempatan sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Menggabungkan rasa nostalgia, hidangan warisan dan layanan mesra, Citarasa Malaysia, bufet ini menyajikan menu berkonsepkan giliran yang menampilkan pelbagai hidangan ikonik dari seluruh negara, antaranya Kambing Panggang Percik, Ayam Rendang Hijau Minang, Udang Masak Diraja, Daging Masak Hitam Sarawak, Nasi Daging Air Asam, Bihun Sup Daging Tetel, Siput Sedut Masak Lemak Cili Api serta Sotong Masak Merah.

Setiap hidangan disediakan dengan penuh teliti bagi mengekalkan rasa autentik dan tradisi masakan tempatan, sekali gus mencerminkan kepelbagaian budaya makanan Malaysia yang kaya dengan rempah dan cita rasa tersendiri.

Ahli Hilton Honors turut menikmati diskaun istimewa, menjadikan pengalaman menjamu selera ini lebih berbaloi.

Dengan harga RM138 bersih bagi dewasa dan RM69 bersih bagi kanak-kanak. Menariknya, pelanggan yang membuat tempahan awal sehingga 16 Februari 2026 layak menikmati kadar Early Bird RM120 bersih seorang.

Hidangan bufet ini akan berlangsung dari 25 Februari hingga 14 Mac 2026, setiap Rabu hingga Jumaat, bermula jam 6.30 petang hingga 10 malam, menawarkan peluang kepada pengunjung untuk menikmati pelbagai juadah tradisional Malaysia dalam suasana santai dan selesa.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi +603 8084 1299, WhatsApp +6012 612 9947 atau e-mel [email protected].


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

HWC Coffee lancar kempen ConnectKL, sasar perkukuh hubungan komuniti di Lembah Klang

Dalam dunia yang semakin pantas dan dipenuhi pelbagai tuntutan kehidupan, ramai rakyat Malaysia menghabiskan lebih banyak masa di hadapan...

More Articles Like This