POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang disyaki telah menyalakan lampu biru dan membunyikan siren di Lebuhraya Maju Expressway (MEX), semalam.
Kejadian tersebut turut tular di media sosial menerusi video berdurasi satu minit empat saat.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa memaklumkan, hasil penelitian terhadap video tular itu tidak dapat memastikan nombor pendaftaran MPV yang terlibat.
Pada masa sama, kata beliau, pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut setakat ini.
“Semakan pada ruangan komen netizen turut tidak menemukan sebarang maklumat berkaitan nombor pendaftaran kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Zamzuri berkata, perbuatan yang dipaparkan dalam video tersebut dipercayai melibatkan beberapa kesalahan termasuk di bawah Kaedah 138(1), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 iaitu larangan pemasangan lampu amaran berkelip pada kenderaan selain kenderaan kecemasan yang dibenarkan.
Baca artikel lain: Dua lelaki ‘kantoi’ buat ‘projek’ dalam X50 ditahan
Jika disabit kesalahan, beliau berkata, individu tersebut boleh dituduh di bawah Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Sekiranya terdapat unsur menyamar sebagai penjawat awam, kes juga boleh disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada pihak polis.
“Mana-mana saksi atau individu yang mengetahui maklumat lanjut boleh menghubungi Balai Polis Trafik Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

