Polis buru pemuda berkelakuan tidak senonoh dalam masjid di Segamat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat menjalankan usaha mengesan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat, semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada seorang wanita berusia lingkungan 40 tahun berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6.29 petang semalam.

Menurut Mohd Jumazanzahir, mangsa memaklumkan kejadian tersebut berlaku pada pukul 11.15 pagi ketika sedang menunaikan solat dhuha.

“Mangsa yang bersendirian kemudiannya telah didatangi seorang lelaki tidak dikenali dalam keadaan separuh bogel dan berkelakuan tidak senonoh sambil memandang mangsa.

“Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa bertindak melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Jumazanzahir berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid tersebut telah berjaya merakam perbuatan tidak senonoh suspek.

Katanya, suspek disyaki seorang lelaki warga asing berumur lingkungan 30 tahun, berbadan kurus dan berkulit cerah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun.

“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat sedang giat menjalankan usaha mengesan dan menangkap suspek.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Segamat di talian 07-9324222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelas beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This