Imbau memori Syawal tradisional, 168 Park Mall lancar kempen Lebaran Klasika Raya & misi kongsi rezeki

Dari Penulis

KERINDUAN terhadap suasana sambutan Aidilfitri zaman dahulu yang penuh dengan nilai estetika tradisional kini kembali terubat. 

Pusat beli-belah kejiranan popular, 168 Park Mall, tampil menyemarakkan sambutan tahun ini dengan melancarkan kempen bertemakan nostalgia, Lebaran Klasika Raya’.

Bermula dari 6 hingga 30 Mac ini, pengunjung yang menjejakkan kaki ke pusat beli-belah yang terletak di Jalan Kuching itu akan disambut dengan dekorasi vintaj yang memukau, sekali gus membawa mereka mengimbau kenangan manis menyambut Lebaran di kampung halaman suatu ketika dahulu.

Majlis pelancaran kempen tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif 168 Park Mall, Edward Lum. 

Menariknya, gimik pelancaran dilakukan menerusi pembelian simbolik barangan keperluan dalam jumlah yang besar, menandakan bermulanya inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang digelar sebagai kempen Kongsi Rezeki.

Menerusi kerjasama strategik bersama Maedicare, Village Grocer, dan TheLOT Associates, kempen ini bertujuan untuk meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menjelang ketibaan Syawal.

Menurut Edward, Aidilfitri adalah fasa terbaik untuk komuniti bersatu hati dalam menyebarkan kebaikan kepada golongan yang memerlukan.

“Melalui inisiatif Kongsi Rezeki ini, matlamat kami adalah untuk menyediakan satu platform yang memudahkan orang ramai untuk tampil menghulurkan sumbangan. 

“Dengan kolaborasi bersama Village Grocer serta kepakaran Maedicare dalam menguruskan proses agihan, kami yakin bantuan ini dapat disalurkan secara tepat kepada golongan sasar, termasuk rumah kebajikan dan keluarga kurang berkemampuan di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Bagi pengunjung yang ingin menyertai misi murni ini, mekanismenya cukup ringkas. 

Orang ramai digalakkan untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung, dan barangan harian lain di Village Grocer yang terletak dalam pusat beli-belah tersebut.

Barangan tersebut kemudiannya boleh diletakkan di dalam kotak sumbangan khas yang telah disediakan di kaunter maklumat, Aras LG. 

Inisiatif ini membolehkan pengunjung membeli-belah untuk persiapan sendiri sambil beramal tanpa perlu pergi jauh.

Selain pengisian rohani menerusi aktiviti kebajikan, 168 Park Mall turut menghargai pelanggan setianya dengan pelbagai ganjaran menarik. 

Bagi setiap perbelanjaan minimum RM168 dalam satu resit, pengunjung berpeluang untuk membawa pulang hadiah eksklusif yang bertemakan klasik.

Antara barangan koleksi yang ditawarkan termasuklah Sampul Raya edisi khas, beg rotan tradisional yang cukup ikonik, serta set teko klasik yang sangat sinonim dengan hidangan di pagi Raya. 

Pemberian hadiah ini tertakluk kepada stok yang masih ada.

Sebagai pusat beli-belah mesra keluarga, 168 Park Mall kini menempatkan lebih 80 premis perniagaan yang menawarkan kepelbagaian pilihan makanan, keperluan harian, dan barangan gaya hidup. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Taufik dan Azlina jadikan Bustana Kucing sebagai ‘rumah perlindungan’ 1,600 ekor kucing jalanan

AKSINYA yang manja dan ada kalanya nakal, menjadikan makhluk berbulu ini sering menjadi haiwan peliharaan yang bukan sahaja sebagai...

More Articles Like This