YAR sumbang kerusi roda untuk kegunaan HTSMTI Kulai

Dari Penulis

Yayasan Ar Riduwan (YAR) terpanggil menghulurkan bantuan apabila menyumbang sebanyak 30 kerusi roda kepada Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI), Kulai, Johor bagi mengurangkan keperluan mendesak terhadap penggunaan kerusi roda di hospital awam itu.

Ketua Pegawai Operasi YAR, Luqmanul Hakim Muhamad Riduwan berkata, sumbangan keseluruhan yang berjumlah RM30,000 itu merupakan kali keempat disalurkan yayasan itu kepada HTSMTI selepas fasa pertama bermula sejak Ogos tahun lalu.

Selain kerusi roda, ia melibatkan sumbangan katil, almari, loker dan kelengkapan perabot berjumlah RM60,000.

Bantu hospital

Menurut beliau, tujuan utama sumbangan itu bagi membantu pihak hospital menggantikan peralatan yang telah rosak serta menampung peningkatan keperluan pesakit yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.
                                                                                                                  “Inisiatif sumbangan dilaksanakan di bawah Kluster Kebajikan Kesihatan YAR baru-baru ini di mana bantuan sedemikian akan diteruskan secara berterusan.
                                                                                                                   “Malah, pihak YAR sedang dalam perancangan untuk menyalurkan sumbangan lain kepada hospital berkenaan termasuk penyediaan penghawa dingin serta urusan pembelian ambulans bagi kegunaan HTSMTI,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, antara sumbangan yang pernah disalurkan oleh YAR adalah pemberian 10 kotak lampin pakai buang kepada Hospital Muar serta sumbangan katil kepada seorang individu bagi kegunaan anaknya yang terlibat dalam kemalangan.
                                                                                                                  Sepanjang Ramadan lalu, YAR turut mengagihkan sebanyak 8,000 bungkusan bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Program Sumbangan Bubur Lambuk.
                                                                                                                  Program itu dilaksanakan menerusi dua fasa dengan memberi fokus kepada petugas kesihatan, pesakit serta waris yang berada di sekitar hospital termasuk balai polis terpilih.

Ketua Pegawai Operasi Yayasan Ar Riduwan, Luqmanul Hakim Muhamad Riduwan.

Program dilaksanakan menerusi dua fasa

Mengulas lanjut, Luqmanul Hakim berkata, YAR berharap agar sumbangan yang disalurkan dapat membantu pesakit-pesakit asnaf serta hospital-hospital terpilih setiap tahu di samping meringankan beban mereka yang benar memerlukan.
                                                                                                                 Jelas beliau, perancangan YAR selepas ini adalah untuk meluaskan lagi gerak kerja kebajikan kesihatan ke negeri-negeri lain di seluruh negara.
                                                                                                                   “YAR juga komited untuk terus menyantuni pesakit dan hospital melalui sumbangan seperti kerusi roda, peralatan perubatan, dan bantuan kesihatan lain.
                                                                                                                   “Pada masa yang sama, kami juga ingin menarik lebih ramai sukarelawan berdaftar serta penyumbang tetap untuk bersama-sama memperkukuh Kluster Kebajikan Kesihatan YAR,” katanya.

Selain kerusi roda, sumbangan Yayasan Ar Riduwan melibatkan sumbangan katil, almari, loker dan kelengkapan perabot.

Bersama melakukan kebajikan

YAR yang berdaftar Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) di Jabatan Perdana Menteri mula beroperasi tahun lalu dengan misi memberi bantuan kepada kluster kesihatan, komuniti dan pendidikan.
                                                                                                                 Sementara itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbangkan derma menerusi akaun Maybank – 551043833248 atas nama Yayasan Ar Riduwan dengan rujukan Kebajikan Kesihatan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi YAR di talian +60195299929.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This