MEMBAWA visi membangunkan sebuah ekosistem logam berharga yang lebih dipercayai, profesional dan bertaraf antarabangsa, Aurum Gold membawa revolusi dunia emas moden dalam pasaran Malaysia.
Meski masih baru, Aurum Gold mula mendapat perhatian ramai dalam dunia emas dan aset bernilai kerana membawa konsep yang berbeza.
Aurum Gold bukan sekadar jual beli emas biasa, tetapi sebuah ekosistem moden yang menggabungkan emas, buy back, pertukaran barang kemas (trade in) dan perlindungan nilai aset dalam satu platform.

Majlis pelancaran awal Aurum Gold yang berlangsung di Kelab Shah Alam Selangor, mendapat kehadiran yang luar biasa sehingga melebihi 500 orang usahawan dan jemputan khas, melebihi sasaran awal iaitu 200 orang.
Pengasas Bersama dan Pengerusi Aurum Gold, Tengku Datuk Dr. Hishammuddin Zaizi Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, memberitahu, Aurum Gold membawa misi membina jenama bertaraf global dari Malaysia.

“Aurum Gold menjadi ekosistem logam berharga bertaraf global yang dipercayai dalam perlindungan dan pertumbuhan kekayaan jangka panjang. Jenama ini dibina atas satu prinsip utama iaitu kepercayaan,” ujarnya.
Aurum Gold percaya emas bukan sekadar simpanan, tetapi simbol kestabilan dan nilai sebenar untuk masa depan selaras dengan slogan rasmi, Built on Trust, Backed by Real Gold.

Aurum Gold bersedia melangkah lebih jauh dalam membina sebuah ekosistem emas moden yang dipercayai masyarakat dan berpotensi berkembang ke peringkat antarabangsa, seiring kadar permintaan dan trend semasa yang semakin tinggi.
Sasar buka 100 cawangan seluruh Malaysia
Jurucakap Aurum Gold, Datuk Rina, menjelaskan, jenama ini menggabungkan emas fizikal, bullion premium dan teknologi moden dalam satu sistem yang telus, selamat dan bertaraf antarabangsa.
“Kami berinspirasi menjadi simbol kestabilan, kepercayaan dan nilai yang berkekalan di peringkat global.
“Selain bermatlamat membina eko sistem emas seluruh Malaysia, kami juga berhasrat melahirkan entrepreneur berpendapatan tinggi.

“Aurum Gold menyasarkan pembukaan sehingga 100 buah cawangan di seluruh Malaysia, dengan cawangan pertama di Shah Alam yang akan mula dibuka pada hujung Jun nanti.
“Tidak hanya tertumpu pada pasaran dalam negara, Aurum Gold juga sedang mengintai peluang untuk pembukaan cawangan di luar negara antaranya di Indonesia dan juga Timur Tengah.
“Kami percaya, di atas kepercayaan dan sambutan yang cukup menggalakkan yang diterima, Aurum Gold dapat membina sebuah empayar sekali gus menjadi sebuah syarikat yang akan ke IPO (public listed),” katanya.

Penulis merupakan Pengarang Wanita & Hijab di UtusanTV. Berpengalaman selama lebih 12 tahun dalam dunia kewartawanan.
Sebelum menyertai UtusanTV, penulis pernah bertugas di sebuah syarikat media cetak bermula pada tahun 2007.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama berkaitan kewanitaan, korporat, personaliti, kesihatan, kecantikan, kisah masyarakat, pelancongan, fesyen dan banyak lagi.
Jika ada sebarang jemputan acara, pelancaran produk atau sidang akhbar, boleh hubungi penulis menerusi email : [email protected].

