PRN Johor: Pengundi Cina sokong BN? MCA yakin tambah 7 ke 8 kerusi DUN

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MCA menyatakan keyakinan mampu menambah kerusi dimiliki parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi.

Ketua Penerangan Pemudanya, Neow Choo Seong menegaskan, keyakinan itu bukan bersandarkan kepada sentimen, sebaliknya ia hasil dapatan diperoleh daripada kajian lapangan yang telah dijalankan.

“Kalau berdasarkan kajian lapangan saya yakin MCA akan tambah kerusi, sekarang kita menang empat kerusi berdasarkan kepada keputusan PRN yang lepas.

“Saya yakin kita boleh menang sekurang-kurangnya tujuh, lapan kerusi, sekurang-kurangnya saya kata. Kerana kita lihat usaha yang dilakukan oleh MCA Johor secara berterusan sejak daripada PRN yang lepas.

“Kita lihat beberapa muka baru yang bertanding masa itu, kalah tipis ada yang kalah 300 undi terus bekerja, terus berkhidmat kepada rakyat dan saya lihat peluang mereka memang sangat cerah kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Podcast BoraKrasi terbitan UtusanTV.

Episod penuh podcast boleh dilihat di saluran YouTube UtusanTV: https://youtu.be/jEvBO_jWf5E?si=FJO5DHRahL565N5-

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Johor yang mempunyai 56 kerusi secara rasmi dibubarkan pada 1 Jun lalu bagi memberi laluan kepada PRN ke-16.

Pembubaran itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu sidang media khas di kediaman rasminya.

Pada PRN 2022, Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) menang 12 kerusi, Perikatan Nasional (3) dan MUDA (1).

Tiada sebab tolak BN, MCA

Mengulas lanjut, Choo Seong menegaskan melihat kepada prestasi yang dipamerkan oleh kerajaan negeri pimpinan Onn Hafiz, tiada sebab untuk rakyat khususnya penduduk berbangsa Cina untuk menolak BN serta MCA.

Jelasnya, ‘report card’ dipamerkan sepanjang mentadbir negeri begitu memberangsangkan sama ada daripada segi ekonomi termasuk sosial dan ia merupakan kelebihan kepada BN untuk terus menguasai Johor.

“Secara keseluruhannya prestasi kerajaan negeri Johor dalam tempoh sepenggal ini begitu memberangsangkan. Ekonominya sangat baik.

“Dalam konteks pengundi Cina tiga perkara (mereka ambil perhatian) ekonomi, pendidikan, sosial, tiga-tiga bagi saya rekodnya A+. Ekonomi berkembang pesat dalam tempoh empat, lima tahun ini.

“Pendidikan kita lihat peruntukan kepada sekolah dijaga dengan baik dan ketiganya sosial, kita lihat kehidupan masyarakat bertambah baik.

“Jadi tiada sebab untuk mereka mahu menolak MCA atau pun BN,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel, RON95 tanpa subsidi turun 20 sen

HARGA diesel di Semenanjung serta RON95 tanpa subsidi masing-masing turun 20 sen seliter bagi tempoh 4 hingga 10 Jun...

More Articles Like This