Single Izinkan Aku jadi saksi Tajul Arif bertumbuk dengan…

Dari Penulis

HANYA kerana single baharu berjudul Izinkan Aku, penyanyi Tajul nyaris bertumbuk dengan seorang bakat muda yang merupakan penulis lirik dan komposer lagu berkenaan iaitu Tuah Adzmi.

Malah, difahamkan ketika sesi rakaman, telah berlaku insiden bertikam lidah dan perselisihan faham yang mengakibatkan Tajul hampir meninggalkan studio rakaman kerana terlalu berang dengan sikap Tuah.

Menurut Tajul atau nama sebenarnya Tajul Arif Noor Md. Shari, 22, dia sebolehnya enggan memperbesarkan isu tersebut namun dalam masa sama tidak mahu cerita kurang enak tentang dirinya dijaja tanpa mengetahui kisah sebenar.

“Sebenarnya saya tak nak sebut tentang hal ni, sebab saya jenis yang tak suka besarkan perkara yang remeh. Tapi kalau dia masih nak bermasam muka itu hak dia. Saya lebih suka bersikap profesional.

“Ya, saya mengaku ada silap sendiri, tetapi bila dia tak faham keadaan saya ketika itu dan menuduh saya membuat rakaman sambil lewa, saya tidak boleh terima.

“Kebetulan saya kurang sihat dan tidak cukup tidur kerana anak saya meragam, sebab itu tumpuan dan suara saya agak kurang baik sewaktu rakaman itu berlangsung,” katanya menjelaskan situasi sebenar.

Komposer lagu Izinkan Aku, Tuah Adzmi. – Foto Instagram @officialtuah

Berpegang teguh dengan prinsip profesionalisme dan tidak mahu mencampur adukkan urusan kerja dan hal peribadi, Tajul tetap terus menyudahkan proses rakaman penuh single Izinkan Aku demi peminat yang menanti kemunculan lagu baharunya.

“Saya minta menangguhkan sesi rakaman sekejap, tetapi dia tetap memaksa saya untuk menyelesaikan sesi rakaman.

“Malah,dia ada mengeluarkan kata-kata kesat yang kurang sedap didengar dan mencabar kesabaran saya. Apa-apa pun, situasi tegang itu dileraikan dengan baik oleh Pengarah Urusan FMC, Mr.Ho. Saya pun sudah meminta maaf pada Tuah.

“Saya menyesal atas apa yang telah berlaku, dan mungkin salah saya juga kerana tidak dapat mengawal emosi,” jelas Tajul.

Izinkan Aku yang berkisarkan tentang cinta berentak balada ini turut mendapat sentuhan lirik daripada Tajul sendiri. Ia sudah pun dilancarkan di semua platform digital sejak 24 Disember lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This