Anak Fizo Omar dan bekas isteri positif Covid-19

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BEKAS isteri pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim dan anak tunggal mereka, Wan Maryam disahkan positif Covid-19.

Berita tersebut dikongsikan oleh Fizo di akaun Instagramnya dan memohon agar mereka diberikan kesembuhan.

“Assalamualaikum semua. Dengan berat hati dan penuh rasa tanggungjawab, saya nak maklumkan bahawa anak saya, Wan Maryam dan bekas isteri saya Mawar telah disahkan positif Covid-19 sejak 1 Januari dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

“Syukur alhamdulillah keadaan mereka stabil. Saya sangat hargai doa anda semua. Semoga Maryam dan Mawar cepat sembuh dan seluruh rayat Malaysia yang menghadapi cabaran Covid-19 ini,” katanya.

Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar,35 turut menjalani ujian calitan (swab test) pada 2 Januari lalu dan disahkan negatif Covid-19.

Fizo berkongsi khabar duka tersebut menerusi hantaran di akaun Instagram beliau

Dalam pada itu Fizo sempat menitipkan ucapan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang berhempas pulas memerangi penularan Covid-19.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua ‘frontliner’ yang terlibat bertungkus-lumus untuk ‘berperang’ dengan Covid-19 demi menjaga keselamatan kita semua.

“Pesanan kepada semua, jangan ambil mudah dengan Covid-19 dan patuhilah kepada segala Prosedur Operasi Standard (SOP) kerana ia memberikan kesan emosi yang sangat mendalam apabila terjadi kepada diri sendiri ataupun keluarga anda,” pesannya lagi.

Sementara itu, menerusi hantaran Mawar di Instagram story, dia memohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan daripada banyak pihak yang menghubunginya ketika ini.

Selain turut menzahirkan rasa terima kasih kepada petugas kesihatan dan semua pihak yang mengambil berat terhadap keselamatan mereka berdua.

“Maaf kalau saya tak sempat jawab panggilan atau e-emel dan apa-apa dari media sosial.

“Terima kasih yang mendoakan saya dan anakanda Maryam. Hanya Allah sahaja dapat balas jasa baik kalian.

“Semoga saya dan Maryam terus sihat. Insya-Allah. Terima kasih juga kepada abang petugas barisan hadapan,” kata Mawar.

Fizo dan Mawar berkahwin pada 10 November 2013 namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila masing-masing membuat keputusan untuk bercerai pada Julai 2019.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia tiga tahun.

TONTON VIDEO PILIHAN:


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This