Sasha Saidin dan suami selesai terima dos kedua vaksin Covid-19.”Saya keletihan…suami sakit kepala…”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI dan pelakon Sasha Saidin memaklumkan telah selesai mengambil dua dos suntikan vaksin Covid-19 bersama dengan suaminya, Sirhan Wahab.

Menurut Sasha,45, vaksin kedua yang berfungsi sebagai penggalak (booster) telah dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal Sinopharm dan diterimanya dari Hospital Emirates Field, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) secara percuma.

“Alhamdulillah saya dan suami sudah melengkapkan vaksin Sinoharm dengan mengambil dos kedua selepas 21 hari menerima suntikan pertama.

“Kami dimaklumkan oleh jururawat bahawa dos kedua ini lebih kepada penggalak (booster) dan lebih ‘ringan’ berbanding dos pertama yang diambil sebelum ini,” katanya menerusi entri yang dimuat naik di Instagramnya.

SASHA berkongsi pengalaman selepas terima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 di Instagram

Tambah Sasha lagi, dia juga telah dimaklumkan oleh jururawat berhubung kesan sampingan yang dialami bagi suntikan dos kedua yang lebih ‘ringan’ berbanding suntikan dos pertama yang boleh menyebabkan demam dan alergi.

“Sebaik pulang ke rumah selepas mengamil suntikan dos kedua, saya berasa keletihan dan mengantuk, manakala Sirhan mengalami sakit kepala.

“Namun, selepas pengambilan paracetamol dan tidur sekejap, sebelum petang badan kami sudah mula berasa okey dan Kembali seperti biasa.

“Ketika ini, kami baik-baik sahaja dan akan kerap memantau keadaan antara satu sama lain. Kami juga sudah Kembali menjalani rutin harian seperti biasa,” ujarnya.

Sementelah itu, Sasha turut menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan (frontliners) dan kerajaan UAE kerana memberikan suntikan vaksin percuma kepada penduduknya.

Sasha kini menetap di UAE kerana mengikut suaminya yang juga seorang ahli perniagaan selepas mendirkan rumah tangga pada 20 Januari tahun lalu.

TONTON VIDEO PILIHAN:


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This