SELEPAS 15 tahun, program realiti popular Keeping Up With The Kardashians bakal ditamatkan dengan keseluruhan sebanyak 20 musim dan beratus-ratus episod.
Justeru itu, sebagai menghargai komitmen kru belakang tabir sejak ia ditayangkan pada 2007, keluarga Kardashians telah menghadiakan 30 utas jam tangan mewah berjenama Rolex kepada mereka.
Difahamkan, jam tangan tersebut benilai AS$10,000 (RM40,430) dan keluarga Kardashian membelanjakan sebanyak AS$300,000 (RM1.2 juta) bagi mencipta kenangan kepada setiap tenaga kerja program terbabit.

Memetik laporan Dailymail, rata-rata kru yang terlibat adalah mereka yang setia bersama program terbabit dari awal sehinggalah ke penghujung musim.
Selain itu, keluarga besar Kardashians turut mengadakan majlis kecil-kecilan usai penggambaran terakhir selesai dijayakan.
September tahun lalu, Kim,41, membuat pengumuman siri Keeping Up With The Kardashians akan melabuhkan tirai pada 2021 selepas 15 tahun ditayangkan kepada umum. Tayangan terakhir dijangka akan disiarkan pada musim bunga akan datang.


Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

