“Mak ajar tak sama dengan cikgu ajar.” Sesi persekolahan ditangguhkan lagi, mak-mak bakal bertukar jadi hijau.

0
63

Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan COVID-19.

Teruja dengan alam persekolahan di rumah, ramai ibu bapa yang mula menghias bilik seakan-akan bilik darjah demi memberi suasana baru kepada anak-anak. Dan tidak kurang juga ada yang tertekan dengan lambakan kerja di pejabat dan dalam masa yang sama harus memantau pembelajaran anak-anak agar tidak ketinggalan.

Menurut penulisan Firdaus Shakirin, kadang kala yang menjadi cabaran apabila anak-anak mula mempersoalan mengapa cara ibu dan guru berbeza. Malah dalam sibuk menguruskan hal di dapur, sesekali menjenguk kelas dalam talian anak-anak, ibu-ibu terpaksa mengulangkaji terlebih dahulu silibus anak, jadi lebih mudah mengajar.

“Mak ajar tak sama dgn cikgu ajar…”

“Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah…PdPR…

“KPM baru umum, sesi persekolahan bersemuka ditangguhkan berikutan peningkatan kes Covid-19…

“Bini dah tepuk dahi dah…🤦‍♀️

“Saya pun faham…sepanjang tahun lepas, dia salin satu2 keje2 sekolah yg cikgu bagi…habis salin, dia panggil anak buat…rujuk buku teks, cari jawapan…dia sambung memasak…hbis memasak, dia check keje skolah anak…anak buat silap…dia salin skali lagi keje skolah tu, dia tutup api dapur, dia dduk sebelah anak, dia start “MENGAJAR”…

“Saya ni work from home (WFH) …

“Saya nmpk, saya perati sambil tgh meeting online…

“Sebelum nak ajar anak, dia baca dlu buku teks…lepas khatam bab atau tajuk yg perlu diajar tu, dia tgok soalan yg cikgu bagi…dia cari jawapan dlu, dia ingat dlm otak dia, pastu dia ajar…

“Tak kata kat dia la, silibus budak2 skrg bukan sama mcm silibus kita dlu2…skrg dah byk soalan KBAT…seawal sekolah rendah pun soalan2 dah tricky…kita dlu ni darjah 1 smpai 3, dok belajaq menulis dan mengira lagi…yg xtau tulis pun ada lagi smpai kena masuk kelas pemulihan…darjah 3 pun ada yg x pandai baca…sungguh, bukan nk buat cerita…

“Kadang-kadang kan, anak sendiri ni pun haru biru jugak…masa mak dia dah bleh mengajar, dia kata dia lapaq, dia nak makan…xpa, p mkn dlu…habis makan, dia kata plak dia dah set cerita kat TV, dia nak tgok…mak dia marah, mak dia tutup TV…dah tu, skali dgn kita plak  xleh tgok TV…bru belajar 5 minit, dia kata dia mengantuk la, nak berak la, nk p main la…mcm2…

“Perlu diakui yg cara mengajar cikgu2 dan mak2 ni tak sama…

“Cikgu tu memg belajar cara utk mengajar…Well trained, well educated…bini kita ni, walaupun educated, tapi not well trained…bila anak tak berapa nk bleh jawab, dia terang lagi…kali kedua ok, kali ketiga dia dah angin…bila berkali-kali, dia dah bukan mcm bini sendiri dah…

“Kita yg tgh meeting ni kalih tgok dia, dia tgok ja kita, cepat2 kita tgok balik skrin laptop…tunduk rapat, xbgun dah kepala tgok dia…bleh tembuih dinding cara dia tgok tu…mcm kita plak buat salah kat dia…

“Fuh, seriau, takut ooo bila bini jadi lagu tu…now, this situation will repeat again…anak2 kena start sesi persekolahan 2021 dgn pengajaran dan pembelajaran dirumah (PdPR)…

“Dia pasti akan BERTUKAR lagi…😁”

Sumber : Facebook Firdaus Shakirin