“Bila dorang buka oksigen, serious mengelupur.” Wanita ini kongsi kisah dijangkiti Covid-19. Hanya anak jadi kekuatan.

0
224

Covid-19 makin menggila dengan peningkatan melebihi paras 4000 pada 16 Januari. Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di beberapa buah negeri, namun angka Covid-19 terus meroket tinggi.

Terbaru tular kisah seorang wanita berkongsi pengalamannya dijangkiti virus maut ini di laman Facebook miliknya. Menurut Wan E’reen Wan Hasan, sehingga kini walaupun telah sembuh namun kondisi dirinya tidak seperti dahulu.

“Assalamualaikum wbt.

“This is my covid-19 journey.

“On 24th December 2020, i got the  first covid symptoms, demam. Body temperature takda la terlampau panas sangat, paling tinggi 38 macam tu.

“I pergi klinik, amik ubat demam and standby ubat batuk terus, sebab masa tu dah mula rasa tak sedap dada. 3 days after, rasa macam tekak tu a bit dry. Tak sakit tapi dry. And start berpeluh, peluh tu keluar sejuk macam ice.

“Lepas tu rasa macam pelik kenapa badan dah tak panas, but biji mata ni rasa macam nak terkeluar. I still continue makan ubat dan pergi kerja mcm biasa.

“Day by day I start sakit dekat belakang ni. Letak macam2 nak bagi lega. Sakit tu still menyucuk. Then dah rasa sesak nafas teruk then lagi teruk.

“On 30th, kebetulan memang cuti, since rasa dah start selsema, nose dah bleeding. I buat swab test dekat private, masa tu buat RTK je. 30 mins waiting, the results positive.

“”Nak tahu apa jadi on 31st December 2020? Call KKM petaling, dorang cakap tunggu que sebab ramai sangat. Dorang sampai cakap kalau teruk, dorag suruh I call ambulance je.

“I dah sesak nafas, sampai ambulance datang ambil, doctor on duty masa tu terus tepuk dada I kuat2 sementara oxygen tu nak sambung.

“2nd test, pcr dekat hospital still positive, I dah makin teruk. Dehydrated sebab dah banyak hari takda selera makan, hilang deria rasa dan bau. Lepas tu, check jantung I semua, reading semua dah tak cantik. Then, amik darah dekat nadi, dekat nadi guys! Sakit!

“Doctor nak check oxygen dalam darah I ckup ke tak. Yes, memang I makin teruk, doctor terus increase kan bantuan oxygen dekat I lagi tinggi.

“Sampai dekat hospital, 5 days I dekat ward kritikal, they monitoring me, sehari kena amik darah 4-5 kali. Doctor cakap I dah masukkan U dalam list untuk masukkan ke ICU, if the oxygen tak boleh nak bantu, kami terpaksa gunakan alat bantuan pernafasan.

“Masa tu ingat anak je. Serious ank kat kepala! Gagahkan diri bangun pergi toilet walupun masa tu doctor nak masukkan tube kencing.

“My blood pressure 78/50 oxygen dalam 80 lebih. Tengok orang meninggal depan mata, mayat terus masuk dalam guni berzip colour hijau. 

“Those yang keluar ICU, dorang akan dipantau dekat ward kritikal. Bila dorang buka oxygen, serious mengelupur. Sebab dekat ICU dah bergantung dengan alat bantuan pernafasan sebelum ini. Lepas tu doctor decide nk buat scan. Nak tahu results? My right lungs dah start ada darah beku and worst, kuman dah merebak. I dah jadi pneumonia rupanya!

“Ada patient yang mengamok, stress. Nak bunuh diri, nak balik menjerit2. I kat ward masa tu anak anak anak je kat kepala! Aku kena lawan! Kalau aku balik aku kalah, anak2 aku tak dapat cium aku.

“Katil sana tak pernah kosong! Penuh! 2 nurse jaga 28 katil! Bayangkan, dorang la nk kena bagi drip, cuci berak patient, kutip sampah, monitor patient, 5 days I dekat ward kritikal, finally, doctor transfer ke ward biasa, tapi my bed betul2 dekat dengan kaunter nurse.

“Masa tu pergi tandas sesak nafas lagi, nak bangun dari katil pun rasa sesak, inikan nak pergi tandas. Hari2 doctor cuba test turunkan oxygen.

“Yes! I can survive day-10 dekat sana, doctor buka oxygen! Alhamdulillah! Hasil doa ibu, keluarga dan kalian semua. I dah boleh discharged, jumpa anak2 I.

“Tapi, I dah tak normal macam dulu, doctor cakap it will take 5 months to recover at least. So lepas ni I akan jumpa pakar paru2 dekat IPR, daily I kena amik injection cair darah sendiri, 4 jab ok!

“Ubat I kena telan almost 20 biji. 3 hari balik rumah rasa jugak sesak nafas, dah Pneumonia kan. Badan I cramp sebelah kanan, kepala sakit bila tak cukup oxygen. So now memang betul2 rest dekat katil.

“So guys, covid ni real okay! Jangan dok galak sangat gelak sana sini melancong sana sini. Time camni pun ada yang sembang pasal politik lagi.

“Kuman ni memang tak nampak, even though I pun tak tahu I dapat dari mana. Luckily my kids all negative. Once dia attack, MEMBUNUH! Just stay at home! Tak payah la bengang tak dapat balik kampung ke apa, yg paling bahaya, yang takda symptoms pun positive, balik kampung kena pulak dekat orang tua korang. Sanggup?

“Dekat ward kritikal tu ramai orang tua taw, yang ada sakit buah pinggang, jantung, kencing manis darah tinggi, dorag ni lagi risiko sebab covid ni attack, dorang memang collapse terus. Kuat dengan tak kuat lawan je.

“Sebelah bed I, aunty tu kena stroke, datang sesak nafas hanya mampu gerakkan kaki sebelah dengar macam nyawa nak kena cabut! Bayangkan lah.

“Nurse dekat sana paling takot jaga ICU! Sebab?? Sana kuman lagi worst! Dorang betul2 sacrifice untuk kita smua, tolong la appreciate dorang. Nak solat pun terkejar2.

“Insya’allah I’ll resume to work on 20th. Will see how, as for now still tak boleh nk buat kerja berat, borak2 macam dulu2, doakan I cepat sembuh boleh dukung anak I. ❤️

“Please please please, take care guys!

“Thank you doctor and nurse at Hospital Sungai Buloh! Jasamu akan dikenang.”

Sumber : Facebook Wan E’reen Wan Hasan