Syahmi Irfan kini fokus menyanyi, keluar skuad kebangsaan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELAIN berbakat dalam dunia seni, pendatang baharu bernama Syahmi Irfan ini merupakan seorang pemain badminton profesional dan pernah bermain untuk skuad kebangsaan.

Pun begitu, rentaknya dalam sukan tersebut terpaksa diperlahankan akibat pernah mengalami kecederaan serius di bahagian pinggang.

“Sukan badminton sudah sebati dalam diri sejak dari kecil lagi. Saya memang serius dalam bidang ini sehingga pernah bersekolah di sekolah sukan.

“Namun, kesan daripada kecederaan di bahagian pinggang memaksa saya untuk berundur daripada bermain di peringkat negara. Buat masa ini saya hanya bermain dalam pasukan kelab sahaja,” ujar bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil ini kepada URTV.

SYAHMI pernah bermain untuk skuad kebangsaan

Justeru itu, Syahmi kini cuba mengalihkan fokusnya dalam bidang nyanyian memandangkan minatnya itu telah bercambah sejak kecil lagi.

Pemuda berusia 19 tahun ini agak bertuah kerana bakatnya disedari oleh syarikat pengurusan Indigital Music sekaligus mempelawa dirinya untuk bernaung di bawah syarikat tersebut sebagai artis baharu.

“Alhamdulillah saya dilamar pihak Indigital Music untuk jadi sebahagian daripada artis mereka. Saya menyambut baik tawaran tersebut kerana sememangnya selain badminton, bergelar penyanyi juga antara impian saya.

“Sebagai permulaan, single berjudul Mungkir yang merupakan hasil ciptaan saya bersama Que Afiq telah dilancarkan. Lagu ini mengisahkan tentang keegoaan lelaki yang akhirnya dihambat kesedihan akibat cinta yang tak terluah.

“Saya harap kehadiran saya dalam industri seni diterima baik oleh peminat dan insyallah akan ada banyak lagi karya baharu daripada saya tidak lama lagi,” katanya.

Meskipun dia kini mengorak langkah bergelar penyanyi, namun cintanya terhadap sukan badminton tidak pernah pudar malah dia juga tidak terfiir untuk meletakkan tanda penamat dalam karier berkenaan.

SYAHMI harap kehadirannya dalam dunia seni diterima baik

“Saya tetap akan aktif dalam badminton walaupun sudah bergelar penyanyi. Mana mungkin saya akan terus melupakan sukan tersebut kerana ia sudah sebati dalam diri ini.

“Antara penyebab utama saya mahu teruskan dua bidang ini ialah kerana keluarga. Mereka antara tulang belakang dan pemberi semangat untuk saya berjaya dalam apa sahaja saya bidang yang diceburi.

“Saya harap, semua mendoakan kejayaan saya dan jika ada rezeki dalam dunia nyanyian, saya akan menimba lebih banyak lagi ilmu muzik sebagai panduan masa hadapan,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This