Aprena Manrose positif Covid-19, tegaskan pesakit bukan penjenayah

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Aprena Manrose memaklumkan bahawa dirinya positif Covid-19 selepas melakukan ujian calitan (swab test) beberapa hari yang lalu.

Ujar anak kepada bekas penyanyi dangdut terkenal Iwan ini memberitahu dirinya berasa tidak sedap badan namun tidak mengesyaki akan dijangkiti virus tersebut memandangkan dia tidak mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Kini Aprena yang juga adik kepada pelakon Oktovia Manrose sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah sehingga disahkan bebas daripada wabak tersebut.

Dalam pada itu, pelakon Tiada Jodoh Arah Kita itu menitipkan pesanan buat mereka yang turut mengalami nasib yang sama dengannya untuk terus bertenang dan berfikiran positif.

“Seperti yang kita sedia maklum, kes semakin meningkat, kemungkinan untuk kita dijangkiti sangat tinggi.

“Kepada rakyat Malaysia tolonglah jadi seorang manusia yang bertanggungjawab ikut Prosuder Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Malah, Aprena turut menegaskan jika pesakit Covid-19 bukan penjenayah dan tampil kan diri untuk menjalani sesi saringan atau berkurung di rumah selama 10 hari.

“Pesakit Covid-19 bukan penjenayah. Kalau anda rasa ada simptom, tampilkan diri buat saringan atau berkurung dirumah selama 10 hari.

“Jika tidak, mungkin anda boleh sebarkan lagi virus itu. Kita lawan bersama-sama! Insya-Allah,” ujarnya.

Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman,27, berkongsi pengalaman mengenai keadaan dirinya menerusi akaun Instagramnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hawa Rizwana dipilih kerana kredibiliti, bukan populariti

DI SEBALIK lambakan pempengaruh digital dan selebriti media sosial yang bersandarkan populariti semata-mata, pengacara serta personaliti televisyen terkenal, Hawa...

More Articles Like This