[VIDEO] Lagu PKP Wak Jeng tarik perhatian netizen

Dari Penulis

Lagu nyanyian Wak Jeng berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menarik perhatian netizen yang melayari Facebooknya.

Video Wak Jeng atau nama sebenarnya Mohamad Shafie Selamat bersama dua rakannya yang memakai baju T dan berkain pelikat ketika menyampaikan lagu itu turut mencuit hati netizen.

‘’ Assalamualaikum semua geng rewang.. Jom layan..Wak jeng Merepek di Hari PKP- Lagu Asal (musafir di Aidilfitri s.jibeng)Wak jeng Merepek di Hari PKP- Lagu Asal (musafir di Aidilfitri s.jibeng),’’ kata Wak Jeng melalui catatan dalam video tersebut yang

Wak Jeng dan rakan-rakan merupakan anggota Kumpulan Akustikaria yang membawa lagu-lagu berunsur nasihat termasuk irama 70-an bergiat aktif sekitar Muar dan Batu Pahat.

Berikut lirik lagu dan video nyanyian mereka;

Gema suara di kaca TV
Menjelang sudah perintah PKP
Kini hamba mereputkan diri
Tak boleh ke sana tak boleh ke sini

Ayah Ibu mari patuhi
Jagalah diri ikut SOP
Perbanyakan insafi diri
Bukan membawang juga mengeji

Oh Tuhan yang maha kaya
Lindungi kami yang tak bermaya
Wabak ini semakin bahaya
Kami lemah tak berdaya

Madah dan nyanyian ku ini
Tiada mengena hidup dan mati
Moga dapat hiburkan hati hamba merepek
Di hari PKP

Video itu yang disiarkan empat hari lalu setakat ini sudah mencatat lebih 6,000 tontonan dan tanda suka di FB manakala lebih 8,000 tontonan melalui Youtube. Ia juga turut mendapat 3,000 komen lebih 6,000 tanda suka. Facebook WAK JENG mempunyai hampir 162,000 pengikut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This