KUALA LUMPUR – Kes positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini terus mencatatkan rekod paling tinggi pernah hari ini apabila sebanyak 5,728 kes baharu dilaporkan dengan 13 lagi kematian.

Menurut media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 3,825 penularan baharu hari ini, diikuti Johor dengan 792 kes dan Kuala Lumpur mencatatkan 480 kes.

Hari ini merupakan hari ke-18 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Labuan, Sabah dan Pulau Pinang.

Sebelum ini, kes tertinggi yang pernah direkodkan ialah semalam dengan 5,725 kes.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 3,805 kes sembuh dicatatkan dalam tempoh sama, menjadikan angka kumulatif sembuh daripada COVID-19 berjumlah 161,527 orang,

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini adalah 47,388 kes. – Utusan TV

Berikut ialah status terkini COVID-19 (setakat 30 Januari 2021) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan:-

Jumlah kes sembuh baru: 3,805 kes
Jumlah kumulatif kes sembuh: 161,527 kes (77.04 %)

Jumlah kes baharu COVID-19: 5,728 kes
Jumlah kumulatif: 209,661 kes
Jumlah kes aktif: 47,388 kes

Kes tempatan: 5,723 kes
Kes import: 5 kes (2 WN, 3 BWN)

Jumlah kematian baru: 13 kes (12 WN, 1 BWN)
Jumlah kumulatif kematian: 746 kes (0.36 %)

Jumlah kes di ICU: 319 kes
Pesakit COVID-19 Intubated: 120 kes – UTUSANTV