Aplikasi pendidikan dalam talian elak jangkitan COVID-19

Dari Penulis

PUTRAJAYA  –  Kementerian Kesihatan memperkenalkan satu aplikasi pendidikan dalam talian mengenai COVID-19 yang mampu memberikan kesedaran dan pendidikan mengenai ikhtiar hidup dan mengelak daripada jangkitan daripada virus tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, aplikasi yang dibangunkan oleh ahli biokimia Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Peter Chew itu mendidik masyarakat untuk menggunakan strategi perlindungan diri paling efektif bagi mengelak jangkitan COVID-19. 

“Mereka yang menggunakan aplikasi ini perlu mencari semua pembawa COVID-19 yang  ‘asympthomatic’ dan ‘pre symptomatic’ dalam usaha untuk mencapai ke peringkat seterusnya dalam cabaran dalam talian tersebut,” katanya melalui hantaran di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Dr Adham berkata, KKM sentiasa mengalu-alukan idea dan kerjasama pintar dengan agensi swasta dan sesiapa sahaja individu yang mahu menyumbang pelbagai usaha, termasuk karya kreatif berkaitan penjagaan kesihatan di negara ini.

“Contohnya artikel, siaran di televisyen, video di media sosial, sketsa video, kapsul awam, baner, grafik dan pendidikan di media sosial,” katanya.

“Di mana sahaja kita mematuhi PKP, sama ada duduk rumah atau bila ada waktu senggang bolehlah ambil cabaran dalam talian ini. Mudah-mudahan daripada pengajaran dalam cabaran itu nanti, kita dapat amalkan normal baharu, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan seterusnya mengelak diri dan keluarga daripada jangkitan COVID-19. 

“Dr. Peter Chew ada bersama kita petang ini untuk berkongsi lanjut mengenai aplikasi cabaran online ini,” kata Dr Adham pada majlis pelancaran aplikasi itu di kementeriannya hari ini. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This