Cara mudah buat bingka labu, kisar saja semua bahan

Dari Penulis

Kalau sebut bingka labu, memang kecur liur dibuatnya. Kuih bengkang atau bingka ini cukup mudah untuk dibuat, hanya kisar semua bahan dan bakar dalam ketuhar. Siap untuk dihidang.

Terima kasih Sharifah Che Hamat atas perkongsian resipi.

Bahan :

2 cawan Labu (kukus dan lenyek)

2 cawan Tepung gandum

1 cawan Gula*

1 sudu kecil Garam*

3 cawan Santan*

2 sudu besar Marjerin/Planta*

1 sudu kecil Esen vanila*

3 biji Telur*

Cara :

  1. Kisar semua bahan bertanda *.
  2. Kemudian masukkan tepung dan kisar lagi sehingga sebati.
  3. Akhir sekali baru masukkan labu yang telah dilenyek.
  4. Sapu loyang dengan mentega dan tuang adunan.
  5. Bakar dalam ketuhar menggunakan api atas bawah pada suhu 200c selama satu jam.
  6. Lapisan bawah loyang diisi dengan air, tujuannya supaya bingka lembut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KPJ Healthcare Alih Fokus TK2026 Kepada Penerapan Kesihatan Baharu Termaju

PENYEDIA perkhidmatan kesihatan swasta, KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare), mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan bagi Tahun Kewangan 2025 (TK2025)...

More Articles Like This