Kaswi pandan, masukkan serbuk kunyit dan air kelapa untuk lebih enak dan lembut

Dari Penulis

Bukan resipi biasa-biasa, cara membuat kuih kaswi pandan ini berbeza daripada yang lain kerana menggunakan sedikit serbuk kunyit dan air kelapa bagi melembutkan tekstur kuih.

Jom kita cuba resipi perkongsian Hajah Zainab Mawan.

Bahan :

2 cawan Tepung gandum

1/2 cawan Tepung ubi

1 1/2 cawan Gula pasir (boleh kurangkan)

5 cawan Air biasa

1 cawan Air pandan (6 helai)

1 sudu besar Kapur sireh (jangan penuh nanti pahit)

Cara :

  1. Bancuh kesemua bahan sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan ke dalam loyang atau acuan yang telah disapu minyak masak.
  3. Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan kukus selama 15 hingga 20 minit. Jika gunakan acuan, kukus kurang daripada 15 minit.
  4. Gaul kelapa putih dengan garam dan kukuskan sebentar supaya tahan lama.
  5. Untuk mendapatkan warna yang cantik dan kuih lebih lembut, masukkan secubit serbuk kunyit dan air kelapa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This