Okonomiyaki, menu enak untuk ajar anak-anak makan sayur

Dari Penulis

Okonomiyaki ini merupakan menu sihat kerana bahan asasnya menggunakan sayur-sayuran dan tiada minyak.

Sesuai untuk disajikan kepada anak-anak untuk mengajar mereka sukakan sayur. Namun jika nak ubah mengikut citarasa sendiri pun, tiada masalah. Terpulang kepada selera masing-masing.

Terima kasih Aslipah Tasarib atas perkongsian resipi.

Bahan : untuk dua hidangan

1/4 Kubis

1 cawan Tepung gandum

1 biji Telur (1 biji untuk 1 hidangan)

Mayonis

Sos okonomiyaki (boleh dibeli di Aeon atau secara talian)

2 keping keju – filling

1 1/2 cawan Air (Nisbah tepung : Air = 1:1.5)

1/4 sudu kecil Garam

1/2 sudu kecil Serbuk perasa / Kiub ayam

Cara :

Kacau tepung dengan air. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa. Serbuk perasa boleh digantikan dengan kiub ayam.
Racik kubis halus sehalus-halusnya. Selepas siap diracik, masukkan ke dalam campuran tepung dan air tadi.
Pecahkan telur sebiji dan gaul ala kadar untuk sebati. Fungsi telur hanya untuk mengikat tepung dan sayur-sayuran sahaja.
Panaskan kuali non stick dan ceduk suku daripada campuran tadi. Letakkan dan betukkan satu lapisan nipis sahaja. Selepas itu letakkan kepingan keju sebagai filling di atasnya. Jika suka boleh letakkan udang, isi ketam dan sosej.
Selepas itu, ambil lagi 1/4 adunan dan tutup filling tadi. Jangan lupa tutup pan supaya adunan cepat masak.
Terbalikkan.
Angkat dan letakkan sos serta mayonis. Siap untuk dihidangkan.
Untuk lebih enak, taburkan bonito flakes (fish flakes) dan juga seaweed powder (serbuk rumpai laut).

Sumber : Aslipah Tasarib


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KPJ Healthcare Alih Fokus TK2026 Kepada Penerapan Kesihatan Baharu Termaju

PENYEDIA perkhidmatan kesihatan swasta, KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare), mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan bagi Tahun Kewangan 2025 (TK2025)...

More Articles Like This