Tart nanas versi rangup, cukup sesuai bagi mereka yang tidak sukakan tesktur rapuh dan cair di mulut.
Menurut Danglela Wati, adunan tart nanas ini wajib menggunakan air sejuk terus daripada peti ais untuk mengukuhkan adunan doh supaya tidak rapuh dan cair. Manakala efek rangup itu datang daripada campuran tepung jagung dan emplex.
Bagi yang ingin mencuba tetapi tiada masa untuk membuatnya, boleh hubungi Danglela Wati atau terus ke page Dapur Mama untuk tempahan.

Bahan :
250 gm Butter – boleh gunakan apa sahaja jenis. Resipi ini gunakan Anchor)
1 1/2 sudu besar Gula icing
1 biji Telur
1 sudu kecil Esen vanila
4 sudu besar Air sejuk dalam peti
Sedikit pewarna kuning lemon
3 sudu besar Tepung jagung
1 sudu kecil Emplex
300-350 gram Tepung gandum cap rose

Cara :
- Kacau sebati bahan di atas menggunakan senduk kayu.
- Masukkan tiga sudu besar tepung jagung, satu sudu kecil emplex, 300-350 gram tepung gandum cap rose. Tepung dimasukkan sedikit demi sedikit kerana takut doh keras dan tidak boleh ditekan.
- Dohnya lembut dan tidak melekat di jari.
- Untuk sapuan di atas tart, gunakan kuning telur dan pewarna kuning lemon bersama sedikit air. Selamat mencuba.

Sumber : Danglela Wati / Dapur Mama

