“Nak anak cantik ni la makannya,” – Cuping telinga anak dibelah gara-gara subang jenis skru

0
81
cuping telinga dibelah

Cuping telinga terbenam dek kerana subang jenis skru yang dihiaskan pada anak, Eyra Shira berkongsi pengalaman ngeri di laman sosial miliknya.

Jelas Eyra, disebabkan subang yang dikenakan pada telinga anaknya sering hilang, dia mengambil keputusan membeli subang jenis skru. Namun dia terpaksa menanggung risiko apabila subang tersebut terbenam di cuping telinga sehingga pihak hospital terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkannya.

“Pengajaran buat diri sendiri.. nak anak cantik ni la makan nya.

“Beli yang jenis biasa hilang sebelah, beli jenis bulat pon hilang sebelah, ni subang kali ke empat..kali ke empat beli jenis skru..mmg tak hilang tapi boleh masuk dalam cuping telinga.

“Semua klinik taknak buat sebab naura masih kecik. Last2 hantar hospital. Kena belah sikit cuping telinga. Naura kena ikat sebab Naura meronta, menangis sampai hilang suara. Doktor suruh ibu pegang kaki Naura pon ibu jadi lemah bila dengar adik menangis kejat. Maafkan ibu dik, lepas ni tak payah pakai langsung. Ibu jadi seram.”

Menurut pakar perubatan, satu kajian yang dijalankan pada 2015 menunjukkan rata-rata pesakit yang mengalami keloid, satu keadaan berbahaya di mana tisu parut tumbuh di atas luka, pernah menindik telinga ketika berusia 11 tahun.

Dan atas sebab itu mereka menasihatkan yang berisiko untuk mengalami keloid agar tidak menindik telinga jika berusia di bawah 11 tahun.

Malah, ibu bapa yang mempunyai anak dengan risiko penyakit jantung kongnetial berhati-hati andai ada keinginan untuk menindik telinga anak kerana golongan ini mudah terkena jangkitan.

Sumber : Eyra Shira