Resipi ayam kicap berempah, bukan resipi biasa. Sekali makan sampai ke malam mengadap menu yang sama.
Menu istimewa perkongsian Ameera ini menggunakan daun kari dan rempah kari ayam sebagai pelengkap rasa, memang mengancam.
Cara :
Ayam lumurkan kunyit dan garam, gaul macam biasa pakai kayu hoki.Bawang putih 6 ulas Bawang merah kecil 6 biji Bawang besar 1 biji Halia besar ibu jari kau.
Tumbukkan. Lapik kain macam biasaPakai minyak goreng ayam tadi je, kalau banyak buang sikit, jangan buat mandi. Bedosa.
Masukkan serai. 1 batang sahaja dan titikkanKulit kayu manis.Daun kari. Minta jiran sikit tadi. Kena bagi la ayam ni sikit kejap lagi. AlaMasukkan segala yang ditumbuk tadi. Ibu pakai tangan je, kalau takut tangan kau tu mengelupas ke pedih ke pakai la senduk. Takde senduk pakai sudu, takde sudu pakai je lah bulu mata kautkan.Rempah ayam 1 peket kecil. Tuang semuaLetak air sedikit sahaja nak masakkan rempah ni sehingga pecah minyak, bukan pecah lemak. Macam lambat je lagi nak pecah lemak time pkp ni.Kicap kipas udang manis. Anggaran 4 sudu makan, ibu sejenis tonggeng gitu je. Agak agak boleh sukat.Kicap pekat. Tujuannya untuk menghitam legamkan. Angaran 1 sudu makanCili padi 3 biji belah 2, hatni nak letak pun boleh, taknak pun sukati. Ibu suka rasa pedas pedas cili api tu. Senang nak tenyeh satgiGula 1 sudu makan.Garam sikit sudah. Buat ngam je rasa! Jangan letak banyak, masin satgi hang marah aku pula salah ajarKemudian masukkan ayam. Gaullah rata dengan penuh kasih sayang. Siap dah mereka sekeluarga.Letakkan sedikit daun sup daun bawang. Siap dihidang besama anak anak dan suami
Nota kaki : Setiap kapsyen diambil tanpa sebarang suntingan.