Identiti lelaki murtadkan wanita Islam dikenal pasti -Ayob Khan

Dari Penulis


KUALA LUMPUR – Identiti seorang lelaki yang tular dalam media sosial baru-baru ini kerana dipercayai memurtadkan seorang wanita Islam, telah dikenal pasti.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ini susulan pemeriksaan polis di sebuah rumah di Perjiranan Bandar Dato Onn, di sini, pada 9.50 malam 19 Feb.

“Pemeriksaan itu hasil maklumat yang menyatakan terdapat sekumpulan orang awam berkumpul untuk menyerbu premis itu kerana mengesyaki lelaki berkenaan berada di dalam premis.

“Pihak polis telah berjaya mengawal keadaan dan hasil pemeriksaan, didapati rumah itu hanya didiami oleh ayah dan kakaknya sahaja manakala suspek yang berusia lingkungan 29 tahun tiada di situ. Oleh itu, tiada tangkapan dan rampasan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

Ayob Khan berkata kes sedang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di bawah peruntukan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 serta Seksyen 298 dan 505 (C) Kanun Keseksaan.

Baru-baru ini, tular sebuah video berdurasi tiga minit 26 saat memaparkan seorang lelaki mengaku telah memurtadkan seorang wanita Islam, dipercayai isterinya.
Video itu mendapat ribuan tontonan daripada warganet.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Artemis Accords bukan untuk hantar rakyat Malaysia ke bulan

PENYERTAAN Malaysia dalam Artemis Accords bukan bertujuan untuk menghantar rakyat Malaysia ke bulan kerana program itu tidak bertujuan ke...

More Articles Like This