Daft Punk sudah tiada lagi, umum bersara setelah hampir tiga dekad

Dari Penulis

DUO elektronik legenda Daft Punk akhirnya membuat keputusan untuk mengundurkan diri selepas hampir tiga dekad bergelumang dalam bidang muzik.

Dianggotai oleh Thomas Bangalter dan Guy-Manuel de Homem-Christo yang ditubuhkan pada 1993 dan mereka antara pelopor muzik tarian elektronik (EDM) yang menjadi ikutan seluruh dunia.

Pembubaran mereka diumumkan menerusi sebuah video berjudul Epilogue yang dimuat naik di saluran Youtube.

Malah, berita itu turut disahkan oleh wakil Daft Punk iaitu Kathryn Frazier namun dia belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berkenaan hal tersebut.

Sepanjang karier, duo ini telah meraih sukses besar selama bertahun-tahun. Antara lagu yang menjadi siulan ialah One More Time, Harder, Better, Faster, Stronger dan Get Lucky.

Debut album pertama mereka berjudul Homework dilancarkan pada 1997 dan menjadi antara muzik elektronik terbaik di era 90-an.

Lagu Elektronik Terbaik bagi lagu Harder,Better, Faster, Stronger dan Album Elektronik Terbaik untuk album Alive, adalah dua trofi yang dimenangi Daft Punk buat pertama kalinya di Anugerah Grammy 2007.

Pada Anugerah Grammy 2014, Daft Punk berjaya merangkul empat trofi utama iaitu Album of The Year menerusi album Random Access Memories, Best Dance/Electronic Album, Record Of The Year dan Best Pop Duo/Group Performance.

Mereka dikenali kerana keunikkannya yang tidak pernah mendedahkan wajah sebenar kerana setiap kali membuat persembahan dan berjumpa dengan orang ramai, mereka akan memakai helmet.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This