Cara semai daun selom. Sebulan tumbuh merimbun dan boleh buat jual

Dari Penulis

Aktiviti berkebun bukan sekadar untuk mendapatkan hasil tanaman, namun juga dijalankan sebagai hobi. Tak adalah telefon asyik melekat dekat tangan kan? Sekali sekala kenalah dekatkan diri dengan alam.

Kali ini kami kongsikan tips daripada Muhammad Fertigasi Masa Kini cara untuk menyemai daun selom. Hasilnya pokok akan merimbun dalam masa sebulan dan boleh dibuat jualan.

Langkah pertama, cari daun selom yang mempunyai batang yang banyak dan sedikit keras. Jangan ambil yang lembik.

Kemudian potong batang selom dan rendamkan potongan tadi di dalam bekas air. Air hanya suku bekas.

Campurkan sedikit baja AB untuk percepatkan pertumbuhan akar. Biarkan selama dua hingga tiga hari.

Apabila sudah berakar, alihkan potongan tadi ke dalam polibag yang berisi cocopeat jika tiada tanah. Jika ada cocopeat bekas tanaman sebelum ini lebih bagus sebab cocopeat tersebut hancur dan mampu bertahan lama jika disiram air. Cocopeat perlu dibasahkan terlebih dahulu sehingga lencun kemudian baru tanam.

Dalam satu polibag boleh letakkan lapan potongan.

Selepas ditanam, siram hari-hari sehingga tanah basah dan sulamkan dengan siraman baja AB. Lebih besar polibag, lebih banyak hasil.

Jika tidak gunakan polibag, cari keratan guni dan letakkan cocopeat di dalamnya. Tanam keratan daun selom.

Sumber : Muhammad Fertigasi Masa Kini


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KPJ Healthcare Alih Fokus TK2026 Kepada Penerapan Kesihatan Baharu Termaju

PENYEDIA perkhidmatan kesihatan swasta, KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare), mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan bagi Tahun Kewangan 2025 (TK2025)...

More Articles Like This