Petugas barisan hadapan UiTM menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech pada Program Imunisasi Covid-19 peringkat UiTM di Fakulti Perubatan UiTM Cawangan Sungai Buloh baru-baru ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) cawangan Selangor menjangkakan hampir 18,000 pelajar dan 6,000 kakitangannya bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 pada fasa ketiga yang akan bermula pada April ini.
Pengarah Hospital UiTM, Prof. Dr. Sazzli Shahlan Kasim berkata, buat masa ini dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19, seramai 1,200 kakitangan UiTM Cawangan Sungai Buloh yang terdiri daripada petugas barisan hadapan bakal menerima suntikan vaksin secara berperingkat.
Pengarah Hospital UiTM, Prof Dr Sazzli Shahlan Kasim (dua dari kanan) melihat petugas barisan hadapan UiTM menerima suntikan Vaksin Covid-19 pada Program Imunisasi Covid-19 peringkat UiTM di Fakulti Perubatan UiTM Cawangan Sungai Buloh, semalam.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Beliau berkata, universiti itu menyasarkan seramai 300 kakitangan bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam masa sehari.
Katanya, bagi fasa kedua yang akan bermula bulan hadapan, pesakit-pesakit berisiko pula akan menerima vaksin tersebut yang akan dilaksanakan di Hospital UiTM Sungai Buloh.
“Fasa ketiga pula akan melibatkan orang awam, pelajar-pelajar dan kakitangan UiTM yang dijalankan di Hospital UiTM Puncak Alam.
“UiTM menjangkakan hampir 18,000 pelajar dan 6,000 kakitangan di seluruh kampus cawangan Selangor akan menerima suntikan vaksin Covid-19 ini pada fasa ketiga nanti,” katanya kepada pemberita selepas menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Peringkat UiTM di Fakulti Perubatan, UiTM Cawangan Sungai Buloh, semalam.
Petugas barisan hadapan UiTM menerima suntikan Vaksin Covid-19 pada Program Imunisasi Covid-19 peringkat UiTM di Fakulti Perubatan UiTM Cawangan Sungai Buloh, semalam.
GAMBAR: Abd Razak AidPetugas barisan hadapan UiTM menerima suntikan Vaksin Covid-19 pada Program Imunisasi Covid-19 peringkat UiTM di Fakulti Perubatan UiTM Cawangan Sungai Buloh, semalam.
GAMBAR: Abd Razak AidPetugas barisan hadapan UiTM mengimbas kod pada borang daftar sistem pengurusan vaksin selepas menerima suntikan Vaksin Covid-19 pada Program Imunisasi Covid-19 peringkat UiTM di Fakulti Perubatan UiTM Cawangan Sungai Buloh, semalam. GAMBAR: Abd Razak AidPetugas barisan hadapan UiTM terima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech pada Program Imunisasi Covid-19 peringkat UiTM di Fakulti Perubatan UiTM Cawangan Sungai Buloh, semalam.
GAMBAR: Abd Razak AidPetugas barisan hadapan UiTM menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech pada Program Imunisasi Covid-19 peringkat UiTM di Fakulti Perubatan UiTM Cawangan Sungai Buloh, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda! Ikuti langkah ini: Langkah 1: Layari utusantv.com Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’