Rentas negeri zon hijau sedang dipertimbang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN sedang mempertimbang untuk membenarkan pergerakan rentas antara dua negeri zon hijau yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara itu masih berada dalam perbincangan antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan namun belum diumumkan lagi.

Walau bagaimanapun, Ismail Sabri memberitahu, perkara itu sedang diperincikan dengan lebih lanjut.

“Sebenarnya perkara itu dalam perbincangan tapi kita belum umumkan lagi. Mungkin boleh ada rentas negeri antara zon hijau dengan zon hijau lain,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Antara perkara yang perlu diperincikan kata Ismail Sabri adalah membabitkan soal pergerakan antara dua negeri dalam PKPP yang perlu melintasi negeri di bawah status PKP Bersyarat (PKPB).

Baca artikel berkaitan: Pergerakan masuk ke Sabah, Sarawak, Labuan perlu jalani ujian saringan

“Contohnya dari Putrajaya ke Melaka, kedua-duanya zon hijau tetapi perlu melalui Negeri Sembilan yang berada dalam PKPB. Jadi perkara ini sukar ditentukan dengan jelas,” katanya.

Mengulas mengenai arahan bekerja dari rumah, Ismail Sabri berkata, isu tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat, namun buat masa ini arahan tersebut kekal seperti biasa.

Beliau berkata, belum ada sebarang laporan untuk menarik semula arahan bekerja dari rumah yang ditetapkan sebelum ini.

“Tiada sebarang laporan dibuat oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan juga daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam tentang perubahan dari segi arahan kerja dari rumah tersebut.

“Insya-Allah mungkin kita akan bincangkan dalam mesyuarat ada keperluan untuk meneruskan atau mereka boleh bekerja di pejabat kembali,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This