BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat terlalu banyak parti Melayu dalam arena politik negara, ketika ini.
Katanya, perkara itu tidak wajar berlaku memandangkan agenda yang diinginkan ramai pihak ketika ini adalah penyatuan orang Melayu.
“Kita bercakap soal nak menyatupadukan orang Melayu tetapi ada lagi parti-parti Melayu yang lain ditubuhkan.
“Bukan satu, dua atau tiga…Jadi kalau kita bercakap mengenai bersatu padu, parti-parti Melayu yang kecil, perlu bergabung untuk menjadi satu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa bersama beliau di ibu negara, hari ini.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

