‘Kluster mahkamah’- Najib anggap propaganda,Zahid kata pertahanan terakhir UMNO

Dari Penulis


KUALA LUMPUR – Dua pemimpin kanan UMNO menyifatkan gelaran ‘kluster mahkamah’ adalah propaganda musuh politik bagi memburukkan pemimpin-pemimpin parti.
Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ‘kluster mahkamah’ kurang tepat dan hanya sekadar propaganda.

Beliau berkata, ia ‘patut dijenamakan semula’ kepada “kluster tolak jawatan kerajaan” sebab yang turut menolak kerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) termasuk meraka yang tiada kes mahkamah.

”(Mereka) Seperti Penasihat UMNO Tengku Razaleigh (tolak jawatan Penasihat PETRONAS), Timbalan Presiden UMNO (Datuk Seri) Mat Hassan (tolak jawatan Pengerusi TNB) dan Ketua Pemuda UMNO (Datuk Dr) Asyraf Wajdi (tolak jawatan Pengerusi MAHB).

‘’Turut menolak kerjasama dengan PPBM (Bersatu) termasuk MB Perak, MB Pahang serta hampir semua ketua perhubungan UMNO negeri (kecuali Perlis dan Sabah) yang juga tiada kes mahkamah,’’ katanya dalam catatan melalui Facebook beliau, hari ini.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, hakikatnya tiada sebarang kluster dalam kepimpinan UMNO, apatah lagi, akar umbi UMNO mahu supaya parti itu terus berpadu tanpa sebarang perpecahan, biarpun perbezaan pendapat tetap diraikan.

‘’Namun, tafsiran terdapat wujudnya pelbagai ‘kluster’ mengikut penganalisis politik tidak dapat dielakkan. Mereka kata ‘Kluster Mahkamah’ sila berundur konon demi selamatkan UMNO. Tetapi hairan rata-rata mereka ini penyokong ‘kluster kuasa’. Mereka yang anti-UMNO. ‘Kluster cari makan’ yang juga dikenali sebagai ‘kluster broker’ tambah garam.

”Mujur ahli dan penyokong UMNO dapat hidu tipu muslihat kluster-kluster ini. Golongan berkecuali atas pagar pun nampak agenda dua kluster ini. Inikan zaman media sosial,’’ katanya melalui Facebook beliau.

Ahmad Zahid berkata, lebih 3 juta ahli dan penyokong UMNO tahu ‘kluster mahkamah’ adalah pertahanan terakhir UMNO.

‘’Mereka tahu sebab itu ‘kluster kuasa’ dan ‘kluster broker’ bersungguh-sungguh menghasut. Berusaha meracuni fikiran mereka supaya menolak pemimpin ‘kluster mahkamah’. ‘kluster kuasa’, ‘kluster broker’ bimbang UMNO sedang bangkit dengan kekuatan sendiri,’’ katanya.

Beliau mendakwa, ‘kluster kuasa’ bimbang kuasa dalam genggaman terlepas, ‘kluster broker’ takut hilang jawatan dan kedudukan.

‘’Alhamdulillah ahli dan penyokong UMNO faham apa yang dialami oleh ‘kluster mahkamah’. Mereka tahu siapapun yang memimpin UMNO masa itu berpotensi ‘di-Kluster Mahkamah-kan’,’’ katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Letupan bom Tak Bai: Dua rakyat Malaysia dipindahkan ke hospital di Kelantan

DUA rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian letupan bom di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam telah...

More Articles Like This