Tasik cinta di tengah gurun Dubai tarikan pasangan romantik

Dari Penulis


LOVE LAKE, sebuah tasik berbentuk hati dan buatan manusia terletak di kawasan gurun berhampiran Dubai berkemungkinan satu daripada destinasi menarik bagi pasangan romantik yang melawat Asia Barat.

Dubai sebuah destinasi yang mempunyai pelbagai struktur ikonik seperti Burj Khalifa dan pulau buatan berbentuk pokok palma turut menawarkan destinasi menarik lain termasuk di kawasan gurun yang terletak di bandar-bandar sekitar Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Love Lake terletak kira-kira 50 kilometer dari Dubai.

Satu daripadanya adalah tasik bercantum dan berbentuk hati yang dinamakan Love Lake dan terletak dekat Al Qudra Oasis.

Oddity Central melaporkan, tasik berukuran 550,000 meter persegi yang menjadi lokasi tumpuan pelancong itu juga dapat dilihat dari angkasa.

Terletak di lokasi yang agak jauh dari sebarang kawasan bandar, Love Lake adalah kawasan subur dekat padang pasir.

Sukar digambarkan kos sebenar membangunkan kawasan itu yang mempunyai ribuan pokok renek pelbagai jenis dianggarkan 16,000 kesemuanya,ribuan bunga berwarna warni termasuk begonia merah sama ada ditanam berbentuk hati atau yang membentuk ejaan “love”.

Mula diperkenalkan pada November 2018, Love Lake Dubai menarik minat Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum  yang berkongsikan gambar dari udara lokasi itu dalam akaun Instagram miliknya dengan kapsyen “Kepada anda semua”.

Walaupun Love Lake menjadi destinasi popular di Asia Barat, namun anda perlu melihatnya sekurang-kurangnya 50 meter lebih tinggi dari daratan atau sebaliknya is akan kelihatan seperti tasik biasa.

Bagi menikmatinya, anda sama ada perlu menaiki helikopter atau menggunakan dron yang memerlukan permit untuk menerbangkannya.

Love Lake terletak kira-kira 50 kilometer dari Dubai.

Jika pilihan itu tidak didapati, anda boleh menikmati gambar dengan melayari internet atau menggunakan Google Earth.

Anda tidak boleh melihatnya dari tanah namun tulisan “love” dieja dengan ratusan pokok dan hampir kesemua struktur berbentuk hati termasuk susunan Bunga termasuk gelanggang badminton.

Jadi jika anda sudah puas menikmati bangunan pencakar langit Dubai, pasar raya besar dan pulau buatan manusia, anda perlu keluar kira-kira 50 kilometer ke kawasan gurun dan meneroka Love Lake.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This