Noor Nabila, Engku Emran bakal disatukan sebagai suami isteri esok, betul ke?

0
922
noor nabila

SELEPAS kisah cinta mereka diperkatakan ramai, terbaharu timbul pula cerita mengenai pasangan Noor Nabila dan Engku Emran bakal bernikah esok.

Dakwaan itu mula bertiup kencang selepas sebuah portal gosip hiburan yang dikatakan berjaya ‘menghidu’ hubungan mereka yang kini dikatakan sedang menanti hari bahagia untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Pun begitu, sehingga ke saat ini, usaha untuk mendapatkan pengesahan daripada empunya badan masih lagi gagal apabila pasangan itu terus mengunci mulut.

“Sebelum ini, saya sudah memberikan kenyataan saya tidak mahu komen mengenai perkara ini. Saya bukannya seorang artis. Saya harap semua memahami, terima kasih,” kata Nabila memetik laporan di Harian Metro.

Terdahulu gosip cinta mereka menjadi topik hangat netizen apabila gambar Engku Emran yang juga bekas suami kepada pelakon serta penyanyi Erra Fazira dan selebriti Indonesia, Laudya Cynthia Bella tular sewaktu menghadiri majlis usrah di kediaman Nabila.

ARTIKEL BERKAITAN : Lagu By Your Side dan bayang wajah Noor Nabila beri ‘hint’ Engku Emran sedang bercinta

Malah, Nabila dan Engku Emran juga dikatakan sering melakukan aktiviti sukan berbasikal bersama-sama. Kisah percintaan mereka itu turut tersebar hingga ke negara seberang, Indonesia.

Sumber: Harian Metro