PELAKON Sharnaaz Ahmad turut menitipkan ucapan tahniah kepada bekas isterinya, Noor Nabila yang baharu sahaja dinikahkan dengan pasangannya, Engku Emran pagi tadi.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya, pelakon filem Juvana itu mendoakan agar perkahwinan yang dibina oleh kakak kepada Neelofa itu berkekalan hingga ke anak cucu.
“Nabila berhak untuk mencari kebahagiaan dia sendiri sebab dia masih muda. Bagi saya, untuk dia mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran adalah satu keputusan yang sangat baik.
“Sebagai bekas suami kepada Nabila, saya ingin mengucapkan selamat pengantin baharu dan semoga bahagia sampai ke anak cucu…jaga Jebat baik-baik ya,” katanya.
Nabila selamat bergelar isteri kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin,46 dengan sekali lafaz, kira-kira pukul 10.02 pagi tadi di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Dalam majlis serba ringkas itu, Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin. Bagaimanapun tiada dulang hantaran diberi dan dibalas pasangan pengantin berkenaan.
Sebelum ini Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 namun bercerai pada Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak tunggal, Jebat Jayden.
ARTIKEL BERKAITAN : Noor Nabila, Engku Emran sah suami isteri – “Semuanya berjalan serba ringkas…apa yang penting kami mahukan keberkatan…”

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

