Neelofa terajui pegangan saham majoriti TheNoor, platform gaya hidup global Muslim global

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEBRITI terkenal, Neelofa kini secara rasmi mengesahkan kedudukannya sebagai pemegang saham majoriti dalam syarikat teknologi gaya hidup Muslim, TheNoor, sekali gus menandakan permulaan era baharu yang lebih tersusun, progresif dan berfokus kepada pertumbuhan jangka panjang.

Diasaskan pada 2020, ia tampil sebagai aplikasi gaya hidup Muslim yang mencatat pencapaian memberangsangkan dengan lebih 4.33 juta muat turun serta kira-kira 650,000 pengguna aktif harian setakat ini. 

Platform tersebut kini digunakan di hampir 200 negara, dengan pengguna tertinggi datang dari Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia, Arab Saudi, Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Hong Kong, sekali gus mengukuhkan kedudukan TheNoor sebagai antara aplikasi Muslim paling berpengaruh di rantau ini.

Sejak penubuhan sehingga 2024, Neelofa tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan harian syarikat. 

Namun, bermula Ogos 2024, dia mengambil alih sepenuhnya tampuk pengurusan tanpa penglibatan pengurusan terdahulu, dengan membawa visi baharu yang lebih strategik, telus serta menekankan pertumbuhan mampan.

Sejurus menerajui TheNoor, beberapa langkah penstrukturan utama telah dilaksanakan, termasuk pelantikan barisan pengurusan kanan yang berpengalaman, kerjasama dengan syarikat pembangunan perisian bertaraf antarabangsa, pewujudan jawatan baharu bagi mengukuhkan struktur operasi serta pembangunan semula aplikasi yang bakal memperkenalkan TheNoor Pro, dijangka dilancarkan sebelum hujung tahun ini.

Dalam perkembangan berkaitan, aplikasi itu kini berada di peringkat akhir perbincangan untuk menjalin kolaborasi strategik bersama sebuah konglomerat besar tempatan, termasuk projek integrasi bersama Proton. 

Inisiatif ini bakal menyaksikan aplikasi itu dipasang secara terus dalam tujuh model kenderaan Proton, sekali gus membuka peluang baharu dalam ekosistem teknologi dan automotif negara.

Neelofa turut menjalankan semakan forensik menyeluruh susulan penemuan beberapa isu berkaitan ketidakpatuhan tadbir urus serta dokumentasi yang dibangkitkan oleh auditor syarikat bagi tahun kewangan 2023, namun tidak diberi maklum balas oleh pengurusan terdahulu. 

Sehubungan itu, audit kewangan terperinci serta penstrukturan semula organisasi dalaman telah dilaksanakan bagi memastikan operasinya lebih kukuh, telus dan berdaya saing.

Mengulas hala tuju syarikat, Neelofa menegaskan komitmennya untuk memastikan aplikasi itu terus berkembang sebagai platform gaya hidup Muslim bertaraf global yang inovatif dan relevan.

“Saya yakin TheNoor mempunyai potensi besar untuk berkembang lebih jauh. 

“Fokus utama kami kini adalah membina semula asas yang kukuh, mempertingkatkan ketelusan serta memperkenalkan inovasi yang benar-benar memberi manfaat kepada komuniti Muslim di seluruh dunia,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This