Aktiviti pusat hiburan kembali tertinggi ingkar SOP

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

AKTIVITI di pusat hiburan kembali mencatatkan jumlah tertinggi individu yang ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi Operasi Pematuhan yang dijalankan semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 106 individu daripada 181 yang ditahan adalah disebabkan kesalahan aktiviti di pusat hiburan.

Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan 181 yang ditahan, 93 telah dikompaun dan 80 direman manakala lapan lagi dijamin.

Katanya, antara kesalahan lain yang telah direkodkan semalam termasuk 35 tiada penjarakan fizikal; 24 individu ditahan kerana gagal menyediakan peralatan merekod diri pelanggan dan lapan lagi kerana aktiviti perjudian.

Menurut Ismail Sabri, lima individu ditahan kerana tidak memakai pelitup muka, dua atas kesalahan rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran dan seorang kerana premis beroperasi lebih masa.

“Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 66,337 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: PKPD Kampung Serumah, Siburan tamat esok – Ismail Sabri

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memaklumkan, seramai 3,486 pasukan pematuhan melibatkan 15,223 anggota telah membuat pemantauan di 7,213 buah restoran, pasar raya (4,720), bank (2,729), penjaja (3,979), pasar awam/tani (105), kilang (2,509) dan pejabat kerajaan (779).

Katanya, turut dipantau ialah tempat ibadah (168), tempat riadah (16,985), terminal pengangkutan darat(3,319), terminal pengangkutan air (1,802) dan terminal pengangkutan udara (712).

Sementara itu, beliau memberitahu, seramai 2,449 warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 semalam dengan 10 orang didapati positif.

Secara kumulatif, katanya, Kementerian Sumber Manusia memaklumkan seramai 640,997 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 yang melibatkan 33,205 majikan.

“Daripada jumlah itu, seramai 9,960 orang telah disahkan positif manakala 631,037 lagi negatif Covid-19.

“Sehingga kini, sebanyak 1,534 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini. Seperti yang telah diumumkan, ujian saringan Covid-19 adalah diwajibkan kepada semua pekerja warga asing mulai 1 Februari 2021,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Dakwaan azan subuh ganggu tidur’ insiden lama, telah lalui proses tindakan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih susulan penularan...

More Articles Like This