Bekalan rendah faktor kadar vaksinasi perlahan – Khairy

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SATU faktor terbesar yang menyebabkan kadar vaksinasi negara kelihatan perlahan dengan orang ramai masih belum menerima janji temu masing-masing adalah disebabkan bekalan vaksin rendah dalam negara.

Perkara itu dijelaskan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin yang turut mengatakan ia juga berlaku di negara-negara berpendapatan sederhana lain ekoran tindakan negara kaya ‘mengepung’ pasaran vaksin Covid-19.

Buat masa ini, kata Khairy, permintaan bagi vaksin Covid-19 itu telah mengatasi penawaran sekali gus menyebabkan proses itu tampak perlahan.

Beliau berkata, ramai menyatakan kebimbangan mengapa kadar vaksinasi kelihatan perlahan dengan orang yang telah mendaftar pada bulan Februari bertanya bila akan mula menerima janji temu.

“Beberapa negara kaya telah membeli vaksin tiga hingga lima kali ganda lebih banyak daripada warganya. Banyak syarikat farmaseutikal lebih memilih negara kaya atas sebab jelas.

“Itulah sebabnya Malaysia terpaksa mengimbangi portfolio vaksin Covid-19 untuk memasukkan Pfizer, AstraZeneca dan juga vaksin bukan dari negara-negara Barat seperti Sinovac (China),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Selangor tertinggi lengkapkan dua dos vaksin Covid-19

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut memberi jaminan bahawa negara akan mula menerima bekalan vaksin lebih stabil dan mencukupi pada bulan Jun berdasarkan kepada jadual penghantaran yang diterima daripada pembekal.

Ketika itulah, kata Khairy, program vaksinasi secara besar-besaran akan dapat dilakukan.

“Yang paling penting, grafik menunjukkan bahawa kita akan mempunyai cukup bekalan untuk memastikan sasaran 80 peratus penduduk dapat dicapai sebelum akhir tahun.

“Ini bertepatan dengan portfolio dan rancangan semasa yang kami umumkan Februari lalu,” jelas beliau.

Pada masa sama, Khairy turut berusaha supaya bekalan vaksin dapat segera tiba ke Malaysia.

“Oleh kerana saya tahu semua orang ingin mendapatkan vaksin Covid-19 mereka, saya juga ingin menguruskan jangkaan berdasarkan bekalan vaksin.

“Saya akan terus mendesak agar lebih banyak vaksin tiba lebih cepat. Sementara itu, harap jaga prosedur operasi standard (SOP) dan dalam beberapa bulan akan datang, anda akan menerima pemberitahuan dalam aplikasi MySejahtera atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang memberitahu mengenai janji temu vaksinasi anda,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Dakwaan azan subuh ganggu tidur’ insiden lama, telah lalui proses tindakan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih susulan penularan...

More Articles Like This