Khairy Jamaluddin tetamu pertama podcast BoraKrasi UtusanTV

Dari Penulis

KHAIRY Jamaluddin menjadi tetamu pertama bagi podcast terbaharu terbitan UtusanTV iaitu segmen BoraKrasi – Borak Demokrasi yang diperkenalkan portal berita itu dalam usaha memperkukuh kandungan isu semasa dan politik tanah air.

Pemilihan Khairy dilihat bertepatan dengan imej beliau sebagai antara pemimpin politik yang dikenali lantang bersuara serta sering tampil dengan pandangan kritikal terhadap pelbagai isu nasional.

Podcast BoraKrasi mengupas pelbagai topik berkaitan perkembangan politik negara termasuk hala tuju kepimpinan, isu semasa serta persediaan parti-parti politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Channel X sebagai rakan kerjasama UtusanTV dalam penerbitan BoraKrasi.

Episod pertama podcast BoraKrasi turut mendapat penajaan daripada Shapadu Grand Campbell, Campbell Complex, Koppiku, Banglo 289 dan Roti Bakar Ili.

Sebagai portal berita yang memiliki jumlah pengikut melebihi enam juta di platform media sosial, UtusanTV terus melangkah ke hadapan dengan memperkenalkan BoraKrasi sebagai platform perbincangan santai tetapi berinformasi mengenai landskap demokrasi dan politik negara.

Podcast berkenaan dijadual disiarkan menerusi semua platform media sosial UtusanTV termasuk YouTube dan TikTok bagi mendekati penonton daripada pelbagai lapisan masyarakat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis kesan etnik Rohingya terlibat kemalangan tular di Shah Alam

POLIS sedang menjalankan siasatan dan mengesan seorang lelaki dipercayai etnik Rohingya yang disyaki terlibat dalam kemalangan jalan raya di...

More Articles Like This