Kuah mi hailam. Tumis dengan lada hitam. Enaknya buat berbuka

0
165

Asyik berbuka dengan nasi, apa kata hari ini meriahkan meja hidangan dengan kuah mi hailam yang ditumis dengan lada hitam. Memang menggiurkan, makan pula panas-panas, boleh bertambah tiga pinggan.

Resipi perkongsian Hasniza Hassan ini mendapat perkongsian lebih 99,000 di laman Facebook.

“Kuah mi hailam ni istimewa dan lain sedikit sebab ditumis dengan lada hitam. Kak Has dapat resepi ni dari mak saudara kak Has, Rohani Othman.

“Punyalah suka, suami kak Has pernah request mi hailam ni untuk menu berbuka puasa selama 5 hari berturut-turut. Sabar je la ya hehe.

“Kak Has nak kongsikan dengan kalian bahan-bahannya untuk 1 – 1 1/2 peket mi:

Bahan :

11 ulas bawang putih dikisar/ tumbuk

1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk kasar

Daging yang dipotong kecil-kecil (kalau rebus dulu lagi senang dan cepat)

1 mangkuk stok air udang, kalau ada

15 ekor udang (terpulang nak banyak mana)

4 ekor sotong yang dihiris (terpulang juga)

1 biji tomato dibelah 2

1-2 biji cili merah dipotong

Kobis dihiris dan sawi dipotong

Kicap masin, kicap manis dan sos tiram secukup rasa

Garam dan gula secukup rasa

1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Cara :

Tumis bawang putih dan lada hitam.
Tumis hingga kekuningan. Yang ni tergaring pulak sebab tak perasan hehe.
Masukkan daging dan tambah air. Boleh masukkan stok air rebusan kulit udang kalau ada. Biarkan mendidih. Pastikan daging empuk.
Masukkan kicap masin, kicap manis dan sos tiram.
Masukkan udang dan sotong. Jangan lama sangat nanti kecut.
Masukkan cili merah dan tomato. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
Terus masukkan kobis.
Dah mendidih dan hendak diangkat, masukkan sawi. Tambahkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Gaul rata.
Masukkan mi.
Masukkan mi hanya apabila sedia untuk dihidangkan dan dimakan. Jika tidak, mi akan kembang.

Sumber : Hasniza Hassan